Tuesday, January 6, 2009

lets be together!

bismillah..

uh, byk kna sound dgn adik2 sbb buku hijau ni bersawang..bkn tak mau menjenguk buku hijau yg sejuk mata memandang ni..malah kebelakangan ni, selalu diselak2. cuma batasan masa menghalang jari jemari kurniaan allah menari2 di atas keyboard laptop milik roomate merangkap usrahmate merangkap jgk bendahari, personal assisstant tak berbayar..

dan hidup yang diatur oleh Allah akhir2 ni sangat2 berwarna-warni. ada yg cerah menyerlah sampai silau mata dibuatnya..ada jgk kaler mendung suram2 ala nak hujan. tak kurang warna kelabu2 asap..alhamdulillah thumma alhamdulillah utk ibrah yg mahal harganya..

dan warna cerah2 ceria ala2 teletubbies utk event ini..

main bowling brsama usrahmatesss..

walaupun plan asalnya ialah utk KASIH yang tak kesampaian..hehehe. apa pulak KASIH? karnival sukan INTER HALAQAH..owww..ini bukan kasih sebarang kasih! kasih datang dari seberang..pagi hari dimulakan dengan..bismillah, disudahi dengan alhamdulillah, demikian sehari dalam hidup kita mudah-mudahan dirahmati Allah..ops, dimulakan dgn menunggu ketibaan kereta2 terhormat utk menjemput peserta2.. dan sebaik menjejakkan kaki di atas lantai konkrit oneutama, keterujaan melonjak2 keluar dari perasaan..

hari kejadian berlaku ialah hari ahad bersamaan 20 disember 2008
let the pictures talk..

[campur2 semua sekali]

[bayar dulu. kita nak main brapa game ni?]

[sebelum main kena bincang strategi dulu]

[siap sedia nak baling ni. semangat..]

[pilih2 bola. pilihan kena tepat, padat, dan larat nak angkat]

[mari tengok siapa yang kena! sapekah the topscorer?]

[baling bersama2, tunggu dan lihat bersama2, bila masuk longkang, kuciwa bersama2]

[and..that's the end of the day. sape yg tade dlm gambar nih?]

highlight of the day:
maman aka marwan, anak kepada kak nahdia yang merangkap naqibah saya telah dilaporkan hilang dari pandangan selama hampir 15 minit tanpa disedari oleh semua membuatkan ummi dan abahnya panik. bukan mereka berdua sahaja panik, kepanikan turut berjangkit pada semua peserta KASIH seperti penyakit kudis. penyakit berjangkit yang berasal usul dari cik maman ini telah menyebabkan gelanggang pertarungan sengit dan senget bowling menjadi hambar dan sejuk macam air batu. walaubagaimanapun, cik maman akhirnya dijumpai oleh umminya yg berasa tersangat2 lah lega di gelanggang snuker berhampiran dengan tempat kejadian. beliau yg ditemui buat2 muka tak bersalah kerana beliau berasa agak kebosanan kerana tiada peserta yg sejantina dgn beliau utk dibuat kawan melainkan ayahandanya yg terchenta.

dan tak lupa tazkirah dari kak khadijah yang Zzup!Zzup! menerjah ke dalam hati macam panah robinhood sebelum pulang membawa diri yang penat lara ke bilik kecil yang harmoni ini..

next time, smuga event ini menjadi lebih happening dgn tazkirah yang menusuk qalbu dan dihangatkan lagi dgn ikatan2 ukhuwwah yang ketat2 diikat sampai berbekas kat hati. insyaAllah:)

utrujah: gambar hanya sedikit yg lepas utk ditayangkan pada tatapan umum. sekian dimaklumkan supaya tak kuciwa:)

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati