Saturday, December 5, 2009

of masak-masak

. Saturday, December 5, 2009 .

dengan nama Allah yang maha lemah lembut pada hamba dan ciptaannya


uh, ummi suka dan pandai masak!

me? ntah la. my answer would be: stakat ni takde lagi la orang sakit perut ke mati when they eat my cooks

baru perasan dan tahu kenapa. mybe this aren't the exact answers.. my poor observation on people around..

first, sebab ummi mmg naturely pandai masak+cepat+nampak senang+selalunya sedap? hmm..

second, sebab ummi da masak bertahun-tahun since ummi kecik? ummi keep telling us this when i and my sisters moaning n lazying bila nak masak plus cakap tak tahu masak pe.. dulu ummi masak pakai dapur kayu, lagi susah...

third, sebab ada abah? abah suka makan ummi masak! and ada je request order

fourth, sebab ummi ada anak-anak yang suka makan. hehehe. selalu suka makan...

fifth, sebab ummi ada ramai pembantu which are her girlss. so senang..masak sorang-sorang penat tahu!

sixth, sebab abah lagi! abah suka beli barang yang macam-macam banyak so nak abeskan kena la masak macam-macam.

seventh, sebab ummi suka tanya resepi pada orang n try. yang ni best! kalau semua orang kat rumah suka, ummi akan lagi selalu masak! kalau tak abes=tak sedap ummi akan masak lagi sampai sedap dan jadi!

eighth, sebab abah juga cepat je belikan bahan-bahan nak masak. cakap je nak masak pe, sume akan ada. tak pun if abah nak makan apa-apa siap beli barang terus. jadi ummi akan masak dengan senang hatinya. abah rajin sangat gi pasar

ninth, sebab ummi sangat rajin! wuwuwu, dan banyak je project menyempat. oh..pagi ni selain daripada sarapan, ummi buat custard jagung! juga tak duduk diam!

tenth, sebab kalau ummi akan masak juga walaupun penat, pening-pening ke demam ke if ummi tak masak, nanti abes la sume lapar..hehehe..sebab..sebab..

see...banyakkan sebab! ya, Allah menjadikan semuanya dengan sebab musabab. ada yang kita suka, ada yang tak. ada faktor-faktor luar dan dalam. yang pasti Allah menjadikan kita dengan kemahiran yang sangat luas. tinggal lagi terpulang kepada diri sendiri untuk mencungkil, mengasah dan tajamkan! kadang-kadang kesempatan memperbaiki didatangkan oleh Allah depan mata. ada yang grab, dan tak kurang yang buat-buat buta...

ya Allah, bisakah aku menjadi sebaik ummi? izinkan aku Allah..


utrujah (yang nak pandai masak tapi malas): pagi ni ummi ugut budak2 ni yang suka tido pagi dengan ugutan yang sama masa time saya suka tido dulu2..hehehe. sekarang pun suka lagi, cuma tak dahsyat sgt la cm budak2 ni:) peace (^_^)v


(Read More..)

tolonglah!

.

dengan nama Allah yang Maha Membuka hati


eid adha has passed..tapi masih terngiang-ngiang lagi ini ditelinga..ketuk-ketuk di hati... tolonglah asma'! selalulah beringat!

cintalah apa pun yang ada di dunia.. tapi ingatlah agar rasa cinta itu tak melebihi rasa kecintaan pada Allah...
dengan ini, kita pasti bisa dan sanggup berkorban apapun demi meraih redha Allah..

juga disentap dengan ini malam kelmarin dengan ingatan cinta dan hati dari ustazah kamaliah,
saat kita telah berjanji akan berada diatas jalan Allah dan BERJUANG, kita PASTI akan diuji...

diri sendiri, selalu leka sedang jiwa ini terus-terusan diuji..hu, ujian nikmat! rasa senang, rasa lapang...

bagaimanakah aku Allah di hari akhir yang pasti nanti...
saat Engkau bertanya tentang umurku, dengan apa aku habiskan ia?
saat Engkau bertanyakan tentang masa muda ku, dengan apa telah aku lalui dan lakukan?
saat Engkau bertanya tentang harta ku, dari mana aku dapatkan? dan ke mana aku habiskan?
saat Engkau bertanya tentang ilmu, dengan apa aku manfaatkan?

ampuni aku Allah AlGhaffar, kerana saat ini hatiku, lisanku, amalku tak bisa menjawab semua ini...

kerana saya yakini setiap janji Allah adalah PASTI dan saya cuma hamba..


utrujah: boleh tak nak kata jugak yang saya sangat suka maher zain? punya lagu..he

(Read More..)

Tuesday, December 1, 2009

will not do it again. promise!

. Tuesday, December 1, 2009 .

dengan nama Allah yang Maha Menjaga dan Maha Memelihara


huhu. tension seh orang jerit-jerit!

yeah i knew it! my fault! but then..huhu still in learning process though..

the thing was that.. i drove dangerously last night at 12am and abang shouted so kuat kot plus marah-marah. sabo je lah..

nearly caused an accident. huhu. tak sengaja!

Ya Allah, terima kasih kerana selalu menjaga kami!
Ya Allah, andai sesuatu yang tak kami ingini berlaku, ampuni kami.
Ya Allah, andai Kau takdir kemalangan buat kami, moga itu menjadi kaffarah buat dosa-dosa kami.
Ya Allah, andai Kau takdirkan kematian buat kami, matikanlah kami sebagai muslim wa mukmin. matikanlah kami dalam jalan2 juangMu. matikanlah dalam keredhaan ummi abah kami, keluarga kami, sahabat2 kami, guru2 kami..
Ya Allah, Engkau Penjaga dan Pelindung terbaik bagi kami
Ya Allahu Rabbi...

last time during eid pun, ummi bising-bising juga as i drove her to surau. bahaya! bahaya! adoiii

janji will drive more carefully n more important, SAFELY!


utrujah (pemegang lesen P shj): due to my astigmatism n nervous banget duh! oh..banyaknye tanda seru.. and.. zilllion sorry to you.. n my broken english. huhu

(Read More..)

Sunday, November 29, 2009

eid milad buat kamu!

. Sunday, November 29, 2009 .

dengan nama Allah yang Maha Sempurna dengan segala sifatnya

hari ni ramai orang kat rumah pening-pening lalat, ada yang demam kura-kura..
(uh, sudah lupa doa ziarah orang sakit yang baru hafal hari tu. huhu)

oh ya! eid milad buat buat adik2 ku!
moga semuanya jadi hamba Allah yang soleh wa solehah, musleh wa muslehah ya!

azizah [ 24/11 ] ke-9
adam [ 26/11 ] ke-7
anisah [ 30/11 ] ke-14

no pic la. adoi. kena bubuh gambar family ni. tp tengah tak rajin. hue. esok2 insyaAllah

utrujah: sebenarnya cam agak2 tertukar2 tarik lahir bbdudak ni. hu

(Read More..)

Saturday, November 28, 2009

mencari atau dicari?

. Saturday, November 28, 2009 .

dengan nama Allah yang Maha menunjukkan jalan

ada yang tertanya..

pada akak, usrah tu sepatutnya dicari or what?
whoaa.. soalan ini, buat saya berfikir panjang..

yah.. saya pasti akan kata, cari! kalau dah datang, jgn pulak buat tak tau sudah!

kerana usrah ialah core business kita sayang!
utk membetulkan diri, mengejar dan berlari mencari redha Allah
dalam setiap detik hati, dalam tiap kata, dalam tiap kali berbuat
dan kita yakini;
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia yang mengubahnya sendiri!

kerana kita tak pelupa, jd cari lah yang mengingatkan
kerana kita lemah, carilah yang menguatkan
kerana kita perlu kasih sayang, carilah yang akan memberi
kerana kita tak sempurna dan tentu saja tak bisa hidup sendiri

ya, semua ini bisa kita dpt terus dari Allah!
tapi juga harus diingat, hubungan sesama manusia yang membawa kita pada Allah
teramat mahal dan diberi nilaian yang tinggi disisi Allah
bahkan orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah menjadi golongan istimewa!
di hari yang tak ada perlindungan dan naungan melainkan perlindungan dan naungan Allah
moga ini menjadi langkah mula untuk kita meluruskan jalan bertemu dengan Sang Maha Pencipta di hari akhir nanti


utrujah: huhu. sori la fa, akk lambat tunai janji


(Read More..)

Wednesday, November 25, 2009

hadza at-Thoriiq

. Wednesday, November 25, 2009 .

dengan nama Allah yang Maha menyusun setiap sesuatu

semalam, ke majlis perbincangan bersama pakcik2..

sgt tersentuh dengan pembukaan ini..

dulu kami memanggil antum semua pewaris. tp pewaris ni tak sesuai. sepatutnya kita akan guna pewaris ni kalau kami-kami ni dah takde..

antum sebenarnya, adalah rakan sekerja kami! rakan kongsi! dalam dakwah ini. cuma kita berbeza generasi..

jalan ini adalah jalan Allah. tak kira bagaimana, atau apa yang akan terjadi, Allah akan tetap menjaga dan memeliharanya. pilihan-pilihan ada di tangan kita, untuk berada di atasnya, bertatih di tepian atau duduk di tepi dan cuma melihat. yah.. dakwah ini akan tetap berjalan sama ada kita menjadi penyebab yang menggerakkannya atau tidak!

short n nice...

utrujah: pak cik arshad panggil pak cik ainullofi, ainul...jd ana teringat kt nt semalam mar:)

(Read More..)

Monday, November 23, 2009

thinking2

. Monday, November 23, 2009 .

dengan nama Allah yang Maha Tahu yang tersirat dan yang tersurat


hari-hari di rumah sepatutnya dimanfaatkan dengan sebaiknya.. hu, cuti dua minggu yang harapnya menjadi recharger iman, emosi dan amal.

masa-masa untuk berfikir dengan lebih tenang. untuk menghaluskan jalan bertemu Allah..

muhasabah..bunyi arab yang cakap senang, nak buatnya.. ya ampunnnn, susah. yah.. kerana harus jujur dengan diri sendiri. sulit sekali kan. harus melihat sisi diri yang penuh kekurangan. mengakui kesilapan adalah part yang paling haru sekali. terkadang rasa seperti menipu diri sendiri bila tak mampu katakan salah pada diri sendiri. bila syaitan bukan main galak mencucuk rasa ragu dan rasa 'tak pe'. saya melawan untuk memenangi perang dalam diri. kalah, buat saya rasa munafiknya ya Allah..ampuni aku...kerana muhasabah ini tak mudah. dan jiwa ini tak mudah dikendalikan kecuali oleh Engkau yang Maha Kuasa dan Maha Tahu tentang urusan hati..

kata pak cik ibnu Qayyim al-Jauziy;


yang berbahaya bagi seorang mukallaf (yang dibebani. baca: yang diberi pertanggungjawaban) adalah bila melalaikan dan meninggalkan muhasabah, berulang-ulang melakukan kekeliruan, dan memandang mudah urusan dan perjalanannya. hal ini akan membawanya kepada kehancuran. dan seperti itulah keadaan orang-orang yang terpedaya dengan dunia. ia menutup matanya dari akibat yang ditanggungnya. ia terus melanjutkan perilakunya yang salah. bersandar dan memohon ampunan. tapi kemudian menganggap remeh muhasabah terhadap jiwanya dan tak mau melihat akibat yang akan diterimanya. jika seseorang melakukan hal ini, akan mudahlah ia terjerembab ke dalam dosa. bahkan ia akan merasa intim dengan dosa dan sulit untuk memutuskan diri dengan dosa..

jom sama-sama merenungkan sikap pak cik al-Ghazali bila bermuhasabah, sering dia mengajak dirinya berdialog dengan jiwanya.
wahai diri, betapa bodohnya engkau. mengatakan memiliki hikmah, kepandaian dan kecerdasan, tapi engkau sebenarnya justeru orang yang paling bodoh dan dungu. tidakkah engkau mentadabburi firman Allah swt:

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya. Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"
[al-Anbiya': 1-3]

celakalah engkau wahai diri. jika keberanianmu bermaksiat kepada Allah kerana keyakinanmu bahwa Allah tak melihatmu, bererti kekufuranmu sudah melampaui batas. jika engkau sedar bahawa Allah mengintaimu dan engkau melakukan kemaksiatanmu dan sangat sedikit rasa malumu. jika keimananmu secara lisan sudah terucap, mengapa orang-orang munafiqin yang juga telah menyatakan beriman secara lisan itu ditetapkan di lapoisan terbawah neraka? celakalah engkau wahai diri. engkau tak boleh terpedaya dengan tipuan dunia. jangan terpedaya untuk menjauhi Allah. apa urusanmu dengan urusan orang lain? jangan sia-siakan waktumu. nafasmu telah terhitung batasnya. jika satu tarikan nafas usai, bererti hilang sudah bahagian hidupmu. celakalah dirimu wahai jiwa. tidakkah engkau melihat orang-orang yang sudah lebih dahulu hidup, bagaimana mereka membangun rumah dan meninggikan bangunan, lalu mereka tinggalkan itu semua. duhai jiwa, beramallah mengisi sisa-sisa usiamu yang pendek untuk masa yang panjang. Perbanyaklah beramal di dunia kesedihan untuk mencapai kehidupan yang penuh nikmat dan keabadian.

[Ihya' Ulumuddin]

sungguh penghisaban diri sendiri di dunia ini jauuuuh lebih ringan dari penghisaban hari akhirat di hadapan Allah. ingatkan aku selalu tentang itu Allah.. kerana saya dan kamu tahu Allah selalu mengawas dan tak akan ada yang terlepas dari pengawasannya..


utrujah: now reading nafas-nafas ruhani by muhammad lili nur aulia, tahajud cinta, and done with bidadari-bidadari syurga (tere-liye) yang buat air mata ni berderai-derai. jadi, jom baca buku!

(Read More..)
 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com