Tuesday, August 9, 2011

ranotes: 9

dengan namaMu Allah yang memberikan kami ramadahan yang mulia (baca: ramadhan kareem) ini.

oh ye. ranotes ialah post baru untuk bulan ni.
kita tengok nanti berapa banyak ranotes yang ada. oh. ranotes: ramadhan's notes

pernyataan satu.

ramadhan dan budak kecik ialah benda yang cute. tapi ke-cute-tan budak kecik boleh menjadikan ramadhan kali ni tunggang-langgang. risau2. ke-cute-tan budak kecik tak munasabah untuk dijadikan alasan.
jadi, kita kena tukar plan.
budak kecik kena letak jadi pembolehubah dimanipulasi
sebab ramadhan kena jadi pembolehubah dimalarkan
apa yang patut jadi pembolehubah yang satu lagi? ape ntah namanya..

dan jalankan eksperiman! pasti meningkat berjujuk iman macam klcc. haha.

kenyataan dalan pernyataan satu: cute mengikut kamus ialah tak comel tapi adorable. wah2.


pernyataan dua.

tilawah quran akan menjadi tak best kalau tak tadabbur. seperti membaca surat hutang, baca dan tak endah.

tilawah+tadabbur akan menjadikan ayat Allah seperti surat cinta. yang akan buat kita tersenyum, dan menangis berjurai2 kerana feel yang amat.

jadi jangan jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
kejarlah dengan berhemah. menggunakan basikal berbakul, motorsikal berbakul atau, kereta dan sewaktu dengannya. buat penat je kejar berlari. eh..

pernyataan tiga.

dah nak dekat dua minggu tak dapat bangun keseorangan ditengah malam. tau2 dah keseorangan lagi sebab budak2 dah siap nak ke sekolah. ah, sedih berkali-kali!

maksudnya, sepanjang ramadhan ni belum dapat lagi bersunyi2 romantik dengan Dia. ah, tension tahu! kerana romantik itu relaks. eh...

kata uncle hasan al-basri, lebih kurang gini matannya;
mungkin saja kita tak dapat bangun qiam kerana diberatkan dosa.

ah, sedih nak banjir rasa!

pernyataan empat.

hari tu, dapat satu pesan cinta yang tajam sehingga menghiris daging otot myocardium (baca:jantung). tapi ia adalah a peace wish actually..

katanya: selamat berpraktikal dengan ihsan

siapa kenal dengan ihsan akan tahu kenapa ia boleh bikin myocardium jadi seperti hirisan daging panggang yang enak dicicah air asam. eh..ihsan mana ni? yang pasti bukan ihsan sang butcher atau ihsan si tukang masak

pernyataan lima.

saya sudah seperti tokey warung yang kedekut. orang bayar untuk air satu jag, dapat secawan cuma. dah lah asyik delay masa hidang. serius kejam tak patut.

er, sori dik. raw material (bekal) tak cukup. lagi pun tak ada masa sangat nak masak. ape yang ade jelah ye.

serius. nanti ada jugak yang kena bako ni. fire.fire.aaah. panaaaas!

kesian adik2 riang dan comel dapat kakak macam ni.

end ranotes:9
lets our faith fares us better in future

utrujah: bulan megasale ni. $$$ get rewarded everyone! or you will miss it like hell

2 comments:

  1. satu lagi pembolehubah :bergerakbalas.. :)

    ReplyDelete
  2. owho. betul2. jadi iman boleh jadi pembolehubah bergerak balas

    ReplyDelete

yang memberi hati