Friday, August 19, 2011

ranotes:19

dengan namamu Allah yang selalu best

heh. lepas sepuluh hari baru dapat buat ranotes(baca: ramadhan notes) yang seterusnya. hailoh.

pertama.

solat beramai-ramai (baca: berjamaah) akan menjadi supercool sekiranya kita menghadirkan hati. bukankah? sudah la dapat berkepuk-kepuk pahala insyaAllah! tak mo?
plus imam baca pulak surah-surah yang awesome. oh. heavennya!

this term also applied kalau solat secara keseorangan. oh, tapi itu bunyinya sungguh lonely sekali...krik.krik.krik..(bayangkan bunyi cengkerik, heh)


kedua.

infaq ramadhan kali ini macam fail je! arghh. itulah...
seharusnya kita saving banyak dari duit dulu-dulu supaya tidak miskin seperti sekarang(T_T)

dan bukan time kita ada duit lebih je tahu!
kita ada lima hinggitt je dalam poket. ah, ini cukup-cukup je aku sorang beli makanan untuk buka.

no.no.no.

sepatutnya, marilah kita semua berusaha menjadi kaya sambil beriman. supaya dengan iman, kita tak menggila bila mendapat harta. seperti mr light( baca: zunnur'ain), uthman bin affan. tidak pun seperti cik abang wibawa, abdul rahman bin auf.

sungguh awesome rasanya bila dapat berbelanja, menabur duit sesuka hati di dalam tabung orang!

ketiga.

ada orang kata, rasa-rasa macam kepala besar, badan kecik oh. tidak! itu sungguh bahaya tahu. seperti hydrocephalus. ngeri dan kasihan...



carilah mana-mana lubuk amal untuk melontar pancing. atau mungkin juga kolam air untuk berenang, atau ladang untuk menjadi petani berjaya.

empat.

pemandangan ramadhan sungguh menyejukkan mata sekiranya anda terrberjumpa dengan mana-mana encik-cik-pakcik-makcik-adik-abang-kakak-atok-nenek yang membaca alquran ditempat awam. so cool!

sungguh sejuk sehingga membuat diri yang panas ini nak menjadi cool juga!

lima.

sekarang sudah tiada masa bermanja-manja. malam istimewa sudah sangat dekat. aaa. tinggal beberapa jam je!

sila tidur awal untuk sepuluh malam terakhir ni. harap-harap tidak terlepas bangun untuk malam al-qadr. gila rugi tahu. seribu bulan menyesal pun tak berguna nanti.

sebab neraka itu panas like hell (abaikan redundancy disitu), maka, mendapatkan guarantee security adalah wajib.

enam.

oh, saya bakal terlepas malam badar disekolah tepian kampung itu. tiba-tiba merasa dengki pula dengan yang dapat pergi dengan sesuka hati..

huhu, i'll miss the delightful moments and marvellous dishes. sedih sebenarnya.

utrujah: report practical tak siap lagi! macam mana ni? baik start panik sekarang!

1 comment:

  1. salam.

    nota #3 sangat menakutkan weh. adeh.
    nota #4 tambahkan awesome di situ. hehe.

    cik utrujah, sila mulakan report anda cepat!
    ;)

    ReplyDelete

yang memberi hati