Tuesday, January 25, 2011

malu pada sang kemuncup

dengan namaMu ya Allah yang tak pernah berhenti menunjukkan jalan untuk kami


hari ni ialah sesi mengemas bilik, menyapu dan melipat baju. pheww..


hari ni juga sesi mencabut kemuncup yang banyak melekat pada seluar track..ah, kuantan yang kaya dengan kemuncup...

jujurnya, sejak dating di cafe beberapa hari lepas, saya jadi malu pada kemuncup

kemuncup yang kecil, kemuncup yang banyak, kemuncup yang gatal dan merimaskan...


ah, saya jadi semakin malu pada kemuncup...


kerana setianya sang kemuncup pada titah tuhannya.

tetap saja terus melekat setiap kali ada kain atau seluar yang menyinggah dekat.

tetap saja terus tumbuh, kemana pun ia dicampakkan

tetap saja terus berzikir dengan mematuhi sunnatullah yang ditetapkan untuknya


boleh saja kan, kalau sang kemuncup yang hidup itu...

jadi kecil hati pada manusia yang selalu jengkel melihatnya, merungut saat membuatnya...

jadi kecil hati pada tuhannya, yang menjadikannya kelihatan begitu lekeh di mata manusia..
boleh saja kalau ia merajuk, dan tak mahu tumbuh. maka manusia tak lagi mengomel tentangnya...


tetapi, begitulah sang kemuncup..

yang memekakkan telinganya dari rungutan manusia
dan setia mendengarkan titah tuhannya...


ah, saya jadi malu pada setianya sang kemuncup pada tuhannya...


kerana saya manusia, yang punya segala kelebihan daripada sang kemuncup

tetapi tetap juga degil ketika mendengarkan titah tuhan...

sedang sang kemuncup dan saya, bahkan kamu...

beriman dengan tuhan yang sama. yang satu...

terima kasih ya Allah, menghadirkan sang kemuncup untuk hatiku terus bisa melihat


utrujah: he. setiap kali nak kuiz, time tu lah nak gatal tangan menconteng kat sini. adoi la..

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati