dengan namaMu Allah yang memegang hati-hati manusia
he. weekend lepas baru balik ke kuantan kejap. akan balik semula minggu ni. dan minggu depan juga!
em..cuma nak tanya je. er...susah eh nak buat baik?
sebab buat jahat lagi senang?
atau ape eh?
jadi orang baik, susah eh?
atau jadi orang jahat lagi senang?
oh, pilih yang tengah2. tak berapa baik, tak berapa jahat?
boleh ke? macam tak boleh kan? kan?
semua orang kata baik itu putih, benar pun putih..
semua orang tahu, jahat tu hitam, kebatilan pun hitam..
oh, kalau nak pilih yang tengah-tengah, boleh jadi kelabu? jadi orang yang kelabu?
siaplah kalau kena dengan pak cik umar yang garang. mana bleh kelabu2! pilih hitam atau putih je!
makanya kawan2,
pilih lah putih untuk hati supaya terang lagi bersuluh.
sebab hitam akan jadi gelap yang sesat-barat.
eh, tapi. putih tu apa? hitam tu apa? senget lah!
dalam hitam, titik putih yang kecik selalu tak nampak
tapi dalam putih, titik hitam yang kecik selalu nampak. bukankah?
hitam, yang membuatkan hatimu bergetar dan tak senang dengannya...
orang kan, selalu perasan putih. tapi sebenarnya banyak daki
selalu perasan putih, tapi, rupanya dah nak naik kaler krim
selalu perasan putih, tapi rupanya warna nila..macam, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?
abes, putih tu susah. undefined.
yep. susah utk putih jadi selalu kena cuci.
ada orang guna fab, ada orang guna daia
ada guna breeze, ada guna dynamo..oh,top pun boleh juga..
tak kesahlah kan jenama. janji ada sabun.
ops!
tapi orang2 selalu lupa, kadang-kadang sabun yang ada selalu tak cukup.
mana nak topup? bukan macam kredit!
orang2 selalu tak kisah, rasa sabun yang dia ada, dah cukup.
mula la nanti nak bising bila ada perhimpunan agong.
tgok orang lain punya putih bersinar-sinar..
sendiri punya, malu nak cakap..
utrujah: siapa tahu ni pak cik umar mana? sape faham? he.
No comments:
Post a Comment
yang memberi hati