Tuesday, September 21, 2010

nak tanya

dengan nama Allah yang padaNya tersimpan rahsia besar al-asr

oh..hari ni dan beberapa hari lepas, serius rasa terhimpit.

dan Allah, bolehkah saya bertanya?

kenapa setiap kali aku tersepit, maka yang punya jalan untuk melapangkan cuma Engkau?

kenapa setiap kali aku meminta, maka yang memperkenankan hajat cuma Engkau?

kenapa setiap saat, cuma Engkau yang sangat dekat? mendengarkan, memerhatikan, menjaga dan melindungi?

ya Allah, terima kasih untuk setiap saat. atas kenikmatan-kenikmatan ini...
atas kenikmatan masa dan umur yang Kau berikan selama aku hidup.
aku mohon hidup duniaku cuma untuk redhaMu

selamat hari lahir (belated) wahai diri
maka jadilah antara orang-orang yang lebih bersyukur kerana mereka sangat sedikit [saba':13]!


ya Allah, terima kasih kerana menjadi rabbi yang aku imani dan bukan yang lain

utrujah: wahwah. banyaknya kerja! rabbi yusahhil. eh, kenapa macam on mode minah jiwa-jiwang nih!
utrujah lagi: terima kasih atas kek, hadiah2, ingatan, dan doa2nya. kembali segala kebaikannya untuk kalian

2 comments:

  1. asma'! happy belated birthday! kita x tau pun..sori :(...

    p/s: cantik la design blog asma'..:)

    ReplyDelete
  2. utrujah, very nice post. macam boleh faham perasaan itu, kerana pernah juga berada di 'sana', lepas tu terdengar pula lagu: Who is Al-Mannan? Who is Al-Ghaffar? [Sami Yusuf]. terus kena sentap. subhanallah. semoga kita dilindungi Allah..

    ReplyDelete

yang memberi hati