dengan nama Allah yang menyimpan rahsia qada' dan qadarnya
okey serius, sedikit terluka. tak besar sangat pun. cuma masih berbekas kecewa.
"kamu, kakak serius terluka dengan apa yang kamu buat"
dan how should i say it. tak mau marah-marah kerana kamu tahu. tentang hakikat INI
cuma fikirlah panjang-panjang. tentang hal ini.
hal ini. ni macam main saham dunia akhirat.
beruntunglah bagi yang berjihad dan bersabar sampai Allah menentukan bagiMu kemenangan untuk hatimu atas cintamu
dan rugilah. rugilah. rugilah...kalau hari ni, hawa nafsu dan syaitan yang terlebih dahulu menang kerana berjaya membuat kamu bahagia atas kemenangan palsu ini...
fikirlah panjang-panjang sebelum masa depanmu merasa terkhianat atas apa yang kau buat hari ni...
kerana kakak pernah merasa percikan bunga api..
pernah melihat keindahannya yang sekejap
dan hakikat menyentuhnya, adalah sakit, berbekas dan berparut hodoh
fikirlah panjang-panjang...
tentang segala janji yang telah kita katakan kepada Allah
tentang janji yang telah kita katakan untuk jalan INI..
oh, kenapa lah kakak yang harus berdarah-darah memikirkan hal yang seperti INI??
dan kamu tahu jawapannya..
ya Allah, kerana aku sangat sayang padanya
tunjukkanlah jalan yang terbaik untuknya
peliharalah dirinya pada setiap langkah, kata-kata dan detak hatinya
utrujah: sikit punya kontroversi. hahaha. fikirlah panjang-panjang. tak paham? if YOU happen to read it
jeng-jeng-jeng...
ReplyDeletebiiznillah kita mempu mengatasinya.