dengan nama Allah yang tidak pernah merasa lelah dan mengantuk seperti hamba-hambaNya
oh. sekarang pukul 1.45 pagi. sedang duduk. dan netherland baru je masukkan satu gol untuk kasi brazil cuak sebab dah 1-1. haha. for sure bukan duduk disini dan bertahan. bertahan. bertahan sebab bola. tak kuasa adoi.
dan mengantuk sekarang. tapi report practical tak siap-siap lagi. tak bergerak2. sila fokus! fokus! esok akan berjuang juga. kalau by malam ni tak siap 50 percent, masak lah otak ni hari ahad dan isnin..
oh. niat asal. nak cerita sesuatu pasal hari practical. hari kejadian ialah hari last practical. nasib baik kuatkan hati nak datang. sebab kalau ikut nafsu dah ponteng dah. yang berlaku di hari kejadian..
boring. boring. dalam kepala fikir macam mana la nak siapkan report nih. report.report. boring.boring.
sambil-sambil tu sembang jugak dengan mak cik pharmacist yang best.
observe customer yang masuk, ubat yang diaorang mintak, macam mana nak deal dengan orang..
oh. dan dapat juga kesempatan buat cholesterol check kat sorang kakak ni. punya nervous nak buat sampai masa tekan pin tu, kuat gila bunyi. terkejut mak cik oi...masa nak buang pin tu pun, sikit punya lupa mana nak pusing. kang rosak pulak macam yang kat lab biochemistry hari tu..
cerita asal yang nak diceritakan. masuk la seorang gentleman yang agak hensem (subhanallah) ke dalam kedai. ku pandang bagai lalu angin. tiba-tiba terdengar dia bertanya pada mak cik pharmacist mintak PT. eh PT tu ape? cehcehceh. PT tu..pregnancy test kit. (oh, ramai juga yang selalu datang beli mende alah ni. bila duduk pharmacy ni baru la tau mende-mende gini nak dapat kat mana..oohlala)
oke, macam agak janggal jugak lah bila lelaki yang beli mende alah PT ni. biasanya customer perempuan yang beli. (oke. tak kisah la sape beli pun kan) disebabkan kejanggalan ni, kupandang lagi sekali lelaki hensem tersebut. dia pun hulur tangan menyambut PT yang diberi mak cik pharmacist sambil tanya, nak jenis yang mana. (ohhh, banyak jenis tau..) yang kupandang muka dan tangannya yang berdekatan. oh lalalala. tangan berinai tu..encik hensem ni pun belek-belek lah bende alah PT ni sambil senyum-senyum pada benda tu. ku dah tak toleh dah. mata pun menangkap moment2 penting ni... memang tak boleh tahaaannn. tak boleh tahaaaannn. tersengih juga daku sambil cuba 'save' moment ni dalam hard disk otak.
encik hensem tenung lama juga bende PT ni sambil tak tau nak pilih mana yang bagus dengan kerja sampingan tersenyum tak berhenti...akhirnya, tak tau pulak dia ambik yang mana entah. dah tak ku pandang encik hensem kepunyaan orang.. sudah-sudah lah tu..
tahu tak apa sebenarnya yang saya rasa. rasa bahagia sekali. dengan perasaan yang encik hensem tersebut. bukan kerana kehensemannya. bukan bukan bukan. tapi kerana saya yakin dengan kegembiraannya jika benar dia akan jadi ayah melalui channel yang betul.
setelah saban hari kita mendengarkan berita-berita kurang ajar. anak-anak kecil yang dilayan seperti sampah. yang tiada nilai. bak kata kak tim, bayi itu tidak lahir dengan ajaib (baca sini tau).
tau tak, sangat bimbang perasaan menjual contraceptive pil pada customer perempuan muda. sangat seram menjual contraceptive pil pada customer lelaki muda yang datang dengan kawannya menaiki motor. sangat-sangat tak sedap hati menjual PT pada gegirl sesebaya...
ya Allah, jauhkanlah yang buruk-buruk dari mereka. jauhkanlah yang buruk-buruk dari keluarga mereka dan masyarakat sekelilingnya.. jauhkanlah ya Allah, sangka-sangka buruk dari hati ini..
hari itu, saya sebagai bujangan merasakan kegembiraan yang sama dengan orang yang tersengih-sengih didepan PT.. subhanallah, perasaan yang indah untuk menanti kelahiran seorang lagi umat muhammad...subhanallah, bahawa kejadian manusia yang diaturkan Allah sangat menakjubkan.. subhanallah, kerana ciptaannya dan aturannya yang tak terjangkaukan fikiran manusia..
utrujah: keputusan netherland-brazil, 2-1. brazil tengah tensen. sambung buat report pulak! adoi..
Layan bola jugak..
ReplyDeletebrazil kalah
ReplyDeleteheeee
suka suka post nih!
ReplyDelete:X