Thursday, July 8, 2010

bukan saya punya!

dengan namaMu yang Allah yang mengizinkan aku disini hari ini. alhamdulillah...

alhamdulillah..hari ni sudah di kuantan. esok akan ke kl untuk reunion (sape lagi g8? mandatori datang!). oh, ahad ada program pulak. masih berkira-kira nak balik ke tak.. hurm(kak su boleh tolong buatkan keputusan tak?)

so...cuma nak update ttg kedudukan semasa. supaya orang jb tak lah tertanya-tanya ke mana saya menghilang dan orang kuantan tau saya dah kat sini! heh. cakap mcm semua orang nak cari dia je.

i'll be missing home so so so much tapi saya tahu. rumah tu, segala isinya, orang-orangnya bukan milik kekal saya.

kalau semua orang tahu yang ibu bapa yang kita ada
bukan milik kita je...
kalau semua orang tahu yang adik beradik kita yang kita ada
bukan milik kita je...
kalau semua orang tahu yang badan tough-cantik yang kita ada
bukan milik kita je
kalau semua orang tahu yang semua personal properties yang kita ada
bukan milik kita je...
kalau semua orang tahu yang duit berkepuk dalam wallet-purse-bank yang kita ada
bukan milik kita je...
kalau semua orang tahu yang masa yang kita ada
bukan milik kita je

kalau semua orang tahu yang semua milik kita adalah hak milik Allah
mesti kita tak bertanya semula kan KENAPA??
bila ibu bapa kita sibuk mengabdi untuk ummat dan sikit je masa bersama kita
bila adik beradik kita pun sama sibuk untuk ummat dan sikit je masa bersama kita
bila badan kita ni selalu sibuk-penat-tak ingat untuk ummat dan sikit je masa untuk berehat
bila duit berkepuk mengalir laju ke tabung-tabung infaq dan tinggal sikit untuk shopping

kita selalu rasa kita punya...
padahal semua ni Allah yang punya
dengan izinNya
alhamdulillah menjadikan semua disekeliling kita terasa macam kita punya
supaya kita ni selalu beringat
badan ni dan segala nikmat penglihatan, pendengaran, perasaan
dan semua-yang-kita-perasan-kita-punya
akan dikembalikan pada Allah semula atau bila-bila masa akan ditarik tanpa notis

dan kita? kita tak akan ralat...untuk memberi semula pada Allah dan untuk ummah. bukankah? kan. kan. wink2


utrujah: baru jumpa dengan syuyukhuna:) senyum. padahal banyak kerja tak siap lagi:P

1 comment:

  1. Haa utrujah.. ^_~ Siapla kamu bila mutiara bd dah jupe blog dia.. Hehe. (Baca sume entri dia la -sekiranya cukup masa)

    Bagus-bagus tulisa nt ni. DUlu masa ana mula-mula buat blog ade jugak ana buat entri fasal ni; bawah tajuk MILIK SIAPA..

    ReplyDelete

yang memberi hati