Monday, May 3, 2010

tak aci eh?

dengan nama Allah yang memberikan segala nikmat untuk saya dan kamu. alhamdulillah

aaa. sekali lupa nak tulis apa. tapi kalau tak tulis maka benda ni akan tersumbat dalam otak ni. tak mesra alam sungguh. okey. mari ingat semula. ya.

oh. perbincangan ini terkeluar semasa sarapan dgn cik RN sambil menonton MHI yang ketika itu dibintangi oleh cik fitri, puan habsah (abby) dan ustaz zahazan. masa tu cerita pasal ntah. tak tau la tajuk tapi pasal rumah yang bertangga. haha. sekali rasa kelakar pulak bila tulis kat sini. hehe. wink2

takde la. cuma bila ada pemanggil tu tanya mafhumnya lebih kurang gini la berbunyi, "saya ni belum berkahwin insyaAllah dalam masa terdekat ni akan melansungkan perkahwinan cuma saya nak tanya, boleh tak ustaz beri tips-tips supaya boleh elakkan sebarang masalah rumah tangga?"

ai.ai. nasib baik la ustaz zahazan jawab jugak. eheh. saya sebenarnya, geleng kepala je. adoi. macam mana la kita boleh expect nak lari dari masalah? wahhha. lagi nak lari. lagi suka masalah tu datang pada kita. ayoook. dan bukannya nak mengharamkan sebarang tips-tips nak mengelakkan masalah. ye. tips cuma untuk 'elak'. manusia sekarang ni nak hidup indah-indah ye. idealistik. plastik. hidup Rasulullah saw pun Allah bagi masalah. dan masalah tu menjadi tarbiah buat Rasulullah saw untuk memberikan islam sampai pada kita. untung batu tenggelam, menjadi ibrah buat kita juga hari ni bila review sirah kan? aii, takmo ada masalah-masalah..masalah tu mendewasakan, mematangkan, atau dalam bahasa parsinya, make us grow stronger.

ooh lala. takutnya kalau masalah tu datang. ye yang menulis, menaip berketik-ketik depan laptop ni juga sama. dan tak menafikan juga, masalah kadang buat kita, saya, kamu, tersadung, juga mungkin jatuh terjerembab, terjelepuk. setiap parut, luka (aaa, takmo..) akan beri kesan warna-warni yang tersendiri dalam hidup dunia ni.tapi juga memahami bahawa hikmah utk setiap masalah perlu dicari:)

apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan mengatakan kamu berimana padahal kamu tak diuji?

sekali terkeluar cik RN kata, "ikhwah tak aci eh. sebab ye lah kan bila kawin antara peranan suami kan meluruskan 'tulang rusuk' yang bengkok ni. dah tu ikhwah bila pilih akhwat dapat instant punya, yang dah 'lurus'. haha."

saya.. no comment. tak pernah lak terfikir pasal tak aci-tak aci neh. ho. dan faham juga sebenarnya isu tak aci ni buat kontroversi je. oh lala. tahu juga ikhwah perlu yang 'lurus' supaya nanti bila buat 'kerja' tak bengkang-bengkok sangat. sebab ada yang si 'lurus' tolong. ha.. laju sikit buat 'kerja'. teringat pulak pak budi kata, ikhwah tu ramai yang pengsan bila selesai akad sebab memikirkan tanggungjawab besar yang dipikul oleh ibu bapa dalam mendidik si 'lurus' sehingga menjadikan dia 'lurus' sekali, dan sekarang akan berpindah ke bahu dia untuk memastikan si 'lurus' tetap 'lurus'. wink2. what say you?

at-thoyyibuuna li at-thoyyibaat..

utrujah: nak jadi 'lurus' lah..hee.(okey, jangan main-main banyak sangat)


5 comments:

  1. Jangan jadi lurus, jd yang fleksibel..

    ReplyDelete
  2. to ummu hurairah: renung2kan..nanti paham le he. kalau tak paham gak. abaikan je la

    to beejan: ok gak idea tu. tapi perlu effort yang lebih utk jadi fleksibel. oh, dan yang si lurus di atas ialah manifestasi dari 'org berada dijalan yg lurus' (alfatihah:5)bkn jadi betul2 lurus seperti bendul

    ReplyDelete
  3. ana goleng2 baca post nti nih.. =))

    ReplyDelete
  4. Thanks asma' for the post.

    Yang fasal 'lurus' tu memang best.

    Bagus kamu.

    http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bersedia-menjadi-isteri/

    Semoga Allah redha.

    ReplyDelete

yang memberi hati