Monday, May 17, 2010

boleh ponteng tak?

dengan nama Allah yang maha berkuasa atas setiap sesuatu

minggu lepas ialah minggu yang meletihkan. sehingga menyebabkan qada' tidur dalam keadaan yang tidak sehat ye. macam mana ni? adoi.

aigo. adakah saya lupa pada satu kepastian. bahawa dunia adalah tempat bagi orang mukmin bercucuk tanam. bersusah-susah dan berpenat lelah. hailoh...

pakcik SK pernah kata minggu lepas, kalaulah pakcik dapat rehat sekejap. program+kerja yang tak pernah putus.

he. saya sambung pulak satu cerita.
pernah tanya dengan ummi,
"tak penat ke? sekolah lagi, usrah lagi, program lagi?"
dan ummi balas dengan,
"kalau nak rehat tunggu mati je lah."

dan kepenatan dan kelelahan bukan alasan untuk ponteng banyak hal.

ponteng pergi program

ponteng dari buat yang ummi dan abah suruh

ponteng dari amalan-amalan sunat

ponteng dari buat baik sebab tido

kerana inilah hakikat dunia bagi orang yang ada iman dalam hati.

dunia ini. tempat untuk beramal habisan...

saya, anda, ramai lagi yang tahu tentang ini.

dan syaitan tak pernah putus asa membisikkan, "alah, tak pe je, sekali-sekala..."

utrujah: adoi la

5 comments:

  1. tp kalau tido dgn niat nak rehatkan bdn utk solat, @ perkara2 baik lain, xpe kan..rasanya :)

    ReplyDelete
  2. salam.

    "alah, tak pe je, sekali-sekala..."
    erk.terkena.huk3.

    jazakillah atas perkongsian.moga terus thabat. :)

    ReplyDelete
  3. saya pernah ponteng kelas...yieha :D

    ReplyDelete

yang memberi hati