Wednesday, April 21, 2010

why down?

dengan nama Allah yang memiliki masa

bila senang dan lapang seperti hari-hari cuti buat saya berfikir dan sebenarnya...macam menconteng arang ke muka sendiri.haih la. comot-comot

masa-masa berkualiti saya, diluangkan untuk apa?

em, saya berkira-kira sendiri, cuba mengingat..em.mmm. hu...

('_'!)

er, tahu sendiri...

dan hati berdarah-darah rasanya memikirkan tentang ini...

bila masanya, saya berjumpa dengan Allah diawal waktu

bila masanya, saya benar-benar berteman dengan Allah ketika bercakap, ketika berbuat..

ketika berfikir...

kerap kali juga urusan dunia membayangi urusan dengan Allah. padahal sepatutnya sebaliknya? urusan dengan Allah lah membayangi urusan-urusan dunia

difikir-fikirkan, jadi macam tak berani nak fikir. tapi kan fikir itu zikir? supaya diakhir hujung fikir, kita akan bertemu dengan yang Maha Tahu Apa Yang Terlihat dan Yang Tersembunyi

teringat satu perkongsian, kita tahukan tentang kepastian jatuh dan bangun iman, turun dan naik..

kalau jatuh, atau turun, arahnya pasti ke bawah kan. em, betul la. tak pernah dengar orang jatuh atau turun ke kanan. jatuh atau turun ke kiri. jatuh, turun, pasti ke bawah...
tau kenapa jatuh ke bawah? ada satu kepastian. supaya kalau jatuh ke bawah, kita boleh bangun ke atas. turun ke bawah, kita boleh naik ke atas. bukan kah?

dan tak pernah ada jatuh ke atas..yup. kalau jatuh ke atas, kan tak perlu naik. dah..memang kat atas!

smile and fight! kerana syaitan telah berjanji akan selalu menjadikan maksiat dan kelalaian terlihat indah dan seronok (>_

dan hari tu terbaca terjemahan dari tilawah, surah ibrahim, ayat 22

kata syaitan:
...Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. tidak ada kekasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku tapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku...

pada Allah lah kita memohon segala kekuatan dan kesabaran

utrujah: ya Allah, aku ingin lebih sabar+kuat

3 comments:

yang memberi hati