dengan nama Allah yang penuh hikmahnya
akhir-akhir ini saya terasa ada satu perasaan yang membesar dalam diri. ego! ya. yang buat saya merasa tak menjadi diri sendiri...menjadi hamba
rasa sombong..uish.. sila jangan tiru yang ini atau anda akan bersama-saya diterjunkan ke dalam api yang membakar. na'udzubillah..
cik sombong dan cik ego, sila pergi jauh2 ya! main jauh-jauh sana. saya perlukan banyak ruang dalam rumah-kecil-hati ni untuk didatangi oleh tetamu-tetamu kemuliaan yang lain daripada cik berdua. saya perlukan kelapangan dalam rumah-kecil-hati ini..
sila pergi..dengan kadar yang paling segera which means..NOW!
cik khauf dan cik raja' yang hampir2 mati kelemasan dalam rumah kecil ini, saya mintak maap la ye. kesian awak berdua. tiba-tiba je entah dari mana datangnya cik ego dan cik sombong ni. tau-tau je dah bersalin-beranak-pinak dalam rumah-hati-kecil ni. saya rasa cik syaitan yang seludup masuk mereka berdua ni. licik sungguh cik syaitan ni mempermainkan bodyguard-bodyguard pintu-tingkap bilik-kecil-hati ni. minta maap sangat-sangat la ye. tak pun mungkin juga tingkap atau pintu rumah-kecil-hati ni saya tak jaga dengan baik. saya terlupa yang saya tak bayar gaji bodyguard-bodyguard ni. modal buat bayar yang wajib dan yang sunat terkikis dimakan oleh cik ego dan cik sombong. habis2, rugi saya..
ya Allah, TUAN saya pasti marah! habislah saya.. kalau DIA tahu (ye, DIA memang dah tahu) yang cik khauf dan cik raja' tak sihat macam ni...tergamaknya, saya menipu TUAN saya tiap kali saya bertemu dalam appoinment wajib dengan DIA...padahal DIA tahu...
tapi nasib baik juga. TUAN saya tak marah, tapi DIA susunkan supaya saya pergi ber'kursus' di KL...supaya sedar diri sikit saya ni.. jangan lupa tentang tanggungjawab menjaga cik khauf dan cik raja'. sila berterima kasih ya dengan TUANmu. ya, pasti.
cik khauf dan cik raja', membesar dengan baik ya...saya mohon...
sesiapa yang ada terjumpa cik sombong dan cik ego ni terpinga-pinga, buat-buat muka kesian, atau berlakon jadi orang susah di tepi jalan, sila biarkan walaupun kedengaran seperti tak berperikemanusiaan. jangan pandai-pandai jadi baik hati pada mereka dan jangan bawa mereka lansung ke muka pintu rumah anda. rumah anda juga pasti tak besar mana nak occupy cik berdua ni. peringatan ini untuk kebaikan anda supaya anda boleh menjadi manusia dalam erti kata yang sebenarnya.. saya telah merasai penderitaan hidup bersama mereka. anda pasti tak ingin merasainya!
utrujah: saya minta maaf wahai diri kerana tahu anda banyak dizalimi oleh saya..
salaam.
ReplyDeletesepatutnya post ni tak disertai dengan gelak wa tawa kan?
tapi........
nape ana tergelak2? aduhhh
saya suka post ini.. saya bagi 10 bintang hati untuk kamu..
ReplyDelete