Monday, January 4, 2010

sahabat?

dengan nama Allah yang melimpahkan kecintaan dalam hati ini

agak lama juga rasanya tak menulis sebegini santai. minggu lepas, saat kak su memberikan mandat kerja rumah ala-ala nak masuk pertandingan menulis, saya senyum saja. haha. kerana diri sendiri tak pasti apa yang saya akan tulis untuk dipersembahkan pada memanda bertauliah naqibahku sayang.. habislah nak menggeledah library hati ni..

hmm, ada perkara penting dalam kehidupan ini yang selalunya kita tak perasan, kadang-kadang perasan, dan ada yang memang selalu perasan. Apa dia ya? Huihui, ini cerita tentang sahabat insyaAllah. Juga kerana saya cuma layman yang tak bisa berkata-kata indah, berfalsafah hebat tentang hal sepenting ini, jadi mungkin ini cerita biasa-biasa saja.
tentu saja, dalam fikiran,dan hati saya dan rakyat jelata kebanyakan, SAHABAT ialah level tertinggi dalam arena per‘kawan’an. dia, dia, dia (bukan tiga orang je ye. banyak ni..) yang menjadi sahabat-sahabat terbaik tahu kan bagaimana ana sebenarnya (^_^)v dah tentu tak melebihi tahunya Allah tentang saya. mereka, buat saya merasa kebahagiaan yang panjang…

bila dia jadi sahabat, dengan automatiknya, ting! open sesame! pintu hati dan aqal ini bersedia, dan terbuka untuk menerima apa saja dari dia, kebaikannya, kekurangannya, gurauan, ketawa, sindiran, muka masam mahupun tersenyum, air mata dan peluh.. pendek kata, semuanya masuk list! persahabatan ini, datang without any contracts or agreements to be signed. cuma ada satu guideline! ingatkan aku tentang Allah, maka kau ialah sahabat! blended emotions rasanya bila bersama sahabat-sahabat ini. campur baur! Bila tengok muka, ada satu rasa yang lain! tak sama dengan muka-muka yang ana tengok tiap-tiap hari tepi jalan, kat tv, kat kelas, kat café.. ada satu aura! cahaya? mungkin juga…

ops, saya perasan satu hal. sahabat-sahabat saya yang sekarang ini, saya kira telah diberikan oleh Allah dengan cara yang.. hmm, macam mana nak cakap ye? dengan susunan taqdir yang indah! daripada mereka semua, saya belajar banyak hal. Hal-hal kehidupan dunia yang rumit dan ruwet. dan juga belajar menjadi seorang sahabat, sahabat yang baik untuk sampai pada level itsar dari tangga terbawah level lower ground salamatus sadr dalam bangunan ukhuwwah..

tanpa mereka, saya rasakan tempang! sukarnya nak bergerak atas jalan Allah ini. mereka yang selalu bantu menguatkan bila lemah, yang selalu ingatkan bila lupa.. mereka, macam kepingan-kepingan jingsaw puzzle yang selalu ada untuk melengkapkan puzzle kehidupan saya. dengan bentuk-bentuk dan cara mereka yang tersendiri..

jadi untuk setiap dari mereka, jazakunna Allahu khairan wa khairan jaza’. moga Allah membalas kalian dengan sebanyak-banyak dan sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat. kerana menerima diri ini dengan kesabaran yang tak tahu tinggi mana (tinggi everest? tinggi lagi kot), kelapangan hati yang tak tahu seluas mana (ok, lagi luas dari pandangan sejauh mata memandang..) dan dengan apa adanya pada saya.. dengan setiap kekurangan (yang tak terhitung banyaknya..), kesusahan (yang membebankan), kesilapan (yang asik terrrbuat je..) dan mungkin gurauan dan usikan terlampau yang pernah mengguris hati…menyebut dosa-dosa ini, ana tak tahu adakah ana telah menjadi sahabat buat antunna..

satu yang ana tersangat pasti tentang sahabat dan persahabatan, hubungan ini ada kerana Allah lah yang melimpahkannya ke dalam hati kecil ini dan mempertautkannya. izinkanlah kami ya Allah bersahabat sampai ke syurga! dan terima kasih, kerana menyusun mereka menjadi pendamping terbaik untukku!

untuk sahabat, kata-kata aku cinta kamu mungkin tak cukup, tak best juga nak pakai aii she teru.. atau wo ai ne, jet aime, I love you,...ini untuk kalian, uhibbukunna filLah!

Ya Allah, saksikanlah bahawa dia, mereka, dengan sedaya upaya telah menjadi sahabat yang terbaik untukku!

utrujah: again, ini ialah homework usrah. hehehe..

4 comments:

  1. nice...

    -Puisi Sahabat-

    sahabat, memang indah
    penguat tika mengah
    pendamping bila lelah

    sahabat, yang dilihat mengingat Ilah
    keimanan menjadi gagah
    kejahatan mampu ditegah

    sahabat, kita impikannya
    namun kita bagaimana?
    telah menjadi sahabat setia?

    sahabat,
    kita bergerak menjadinya
    agar diri kuat
    menguatkan pula yang lainnya.

    ~angkasa
    7 Januari 2010
    10.10 pagi
    Membuka blog Asma' Aminuddin
    Maher Zain Hold My Hand
    Puisi Sahabat

    ReplyDelete
  2. salam kak asma'

    ana cemburu kak asma' ada sahabat mcm yang akak ceritakan.

    sangat-sangat.

    sebab takut bila masuk IPT, taktahu siapa yg nak bersahabt FILLAH dgn kita. huhu...

    ini raden qurratu'aini menulis.

    ReplyDelete
  3. salam.

    asma' amat kate dia nanges baca post nt ni.
    terharu tak? hueh.

    semoga sama2 ke Jannah ^_^

    wallahua'lam
    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  4. syaimaa'..perluka..???bukan menagis ye..bergenang je

    sahabat saye ibarat bintang, insyaAllah

    ReplyDelete

yang memberi hati