dengan nama Allah yang telah menyusun kehidupan ini dengan indah
hari khames tahun lepas (ceh, baru 2 minggu yang lepas), ke mukhayyam dengan perasaan yang bercampur-baur.
yah, excitednya nak mukhayyam.(tak sedar diri dah pancit! selalu tak senam. adoii)
harus saya katakan, ini ialah mukhayyam yang terdahsyat selama hampir 7 tahun plus minus saya bergelumang di arena perkhemahan (yang taklah seberapa sebenarnya)
saya balik dengan lelehan air mata, darah kerana luka(yang sangat kecil), dan bengkak gigitan nyamuk yang miang. oh, yang baru diceritakan tak ada kena mengena dengan kedahsyatan mukhayyam ni
kenapa ya? peluru-peluru materi yang sekecil peluru pistol hingga sebesar torpedo menembusi hati ini. koyak-rabak dan cedera parah...
terlalu banyak yang saya rasakan. buat air mata ni dengan sengaja memecahkan empangannya.
yah, nahnu duat qobla kulli syai'in! (kami adalah duat sebelum semua hal yang lainnya. eh, tak best terjemah ke bm. adoi.. can't find any beautiful words which can express the real meaning. huhu. jd yang nak tahu, serahkan pada yang pakar ya). yang mengingatkan saya tentang zaman sekolah dulu, yang mengingatkan saya tentang amanah khalifah Allah yang tak terlunas..
betapa satu hal yang buat saya begitu bahagia,
aura kasih sayang semasa bersama-sama akhawat yang berbekas di hati ini.
sesungguhnya, sebelum ini kami tak mengenal antara satu sama lain.
dan sesungguhnya, cuma dengan kasih sayang Allah kami telah dipertemukan di atas jalan ini.
dan sebelum balik, satu perkara besar yang berlegar difikiran saya.
andai bila sampai satu masa nanti, Allah menarik nyawa yang satu ini dan dihadapkan kepadaNya..
apakah amalmu untuk ummah ini yang terima Allah?
ya Allah, aku tak bisa menjawabnya..
post ini cuma ingin berkongsi rasa. materi-materi mukhayyam akan dikongsi dalam bentuk lain di lain masa..
utrujah: minggu depan main volley dengan senior.n it's new year now 2010
seronoknya. x sbr nak tunggu perkongsian materi-materi mukhayyam yg memuntahkan peluru-peluru berapi itu. huu
ReplyDeleteinsyaAllah fm, sdg review balik buku catatan time mk. moga dibrikan ilham buat cetusan2 ilmu yang hilang dari disket memori sementara:)
ReplyDelete