dengan nama Allah yang penuh dengan kelembutan
semalam, di opis kecik ini. ada yang datang berziarah. dari UTHM katanya. boring. tapi ada sesuatu yang terperasan. apa itu? ucapan terima kasih. encik yang datang ini. sungguh la berbudi bahasa. sangat tak sangka dan terpegun juga. ada orang yang macam ini. lelaki pulak tu. tak tertanding la dengan saya. hueh. yang suka bermain2 ini.
kak R: sekejap ye. saya amik buku ni.
dan memanjat kerusi untuk mengambil buku yang terletak tinggi di rak atas
incik tersebut: eh, takpe. biar saya ambik. nanti jatuh susah
kak R: ok lah.
dan turun dengan segera. sebab memang tak sampai sangat pon
incik tersebut: dengan izin ya.
dan barulah memanjat kerusi. mengambil buku yang berpatutan dengan kehendaknya
hoo.. panjat kerusi pun minta izin? ngee. saya? kalau saya, mesti pakai panjat terus. tade la mintak2 izin. hehe. buruk perangai..
selepas itu. juga.. incik ini tak habis dengan terima kasih. terima kasih. terima kasih...whoaa. kalau ada mak cik2 yang nak cari menantu memang cepat la approve proposal incik ni. hehe.
budi bahasa saya mungkin masih lagi berlobang disana-sini. atau mungkin rabak juga. haih la. huhu. banyaknye nak kena baiki..hu. tapi jom la sama2 baiki. kerana saya, anda juga tak sempurna.. unless anda memang sudah cukup krim berbudi bahasa:) senyum semua (^_^)
utrujah: uuu. terima kasih sebab membaca repekan ini. huihui!
hu.jakun.nak jumpa gak orang tu.
ReplyDelete