Thursday, April 30, 2009

pahit2 manis. ade ke?

dengan nama Allah yang memilih untuk siapa hidayahnya..

minggu lalu, saya mengalami sendiri pengalaman yang yang menyebabkan mental abuse. totally abuse! terganggu sangat2. hampir2 mau angkat bendera putih. tapi..saya tak menyesal. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memilih saya untuk merasa pengalaman yang ala2 pahit2 manis ni. pengalaman ni tak ada rasa manisnya kalau tak bersama2 keluarga KRJJ yang selalu membantu menguatkan dan mengingatkan. apa yang menyebabkan rasa gangguan tu? apa? nak tau? ABJZ! ape ABJZ tu? em, ABJZ ni satu program. nama panjang dia..Anda Bijak Jauhi Zina. biasanya program ni setengah hari je. tapi untuk minggu lepas, special sikit. 29 jam berlayar dengan cruise ABJZ. jadi untuk kali ni rasa sangat la berbeza. memandangkan adik2 yang naik cruise kami kali ni pun sangat la special. VVIP yang telah dikenal pasti oleh pihak2 sekolah dengan ciri2 yang sangat la
special!

sungguh saya tak sangka tahap ke'special'an adik2 ni. mungkin sebab selama ni saya berada dalam lingkungan 'selamat' hidayah (bak kata ustz shaharuddin. rindu lak kt ustaz. hehe) dan famili tarbiyah(time kasih ummi dan abah! dan terima kasih Allah!).

kacau bilau. adik2 perempuan yang
rock abes! ni sangat suka cakap. tak berhenti. tak mau dengar. fokusnya cuba sekejap. kejap lagi? dengan hp ditangan tak mau lepas..message tak berhenti. ada juga yg sempat betulkan tudung (buka pin yang kt tengah tu. yang kita biasa semat kat bawah dagu)..panas katanya.. sesi ice breaking yang huru hara juga. bukan kami, suasananya. riuh rendah..rasa2 kalau tahap saya yang biasa2 je baiknya ni, dah dapat level kurang diajar jugak la..terdetik jugak dalam hati. ada jugak ke manusia ghope ni kt malaysia ni?(ni bunyi cm budak bek gila, innocent..ceh..sebenarnya lebih cam jumud je T_T! )

sembang2 dan memerhati mereka mengajar saya tentang banyak hal. terutama sabar dan berlemah lembut (erk!). ye. lagi2 sabar kan. to deal with them, adik2 yang
special ni, tak jalan kalau marah2. sebab marah2 bukan cara terbaik menyelesaikan masalah ni. dan marah2 is not my style (eh, ye ke? ntah lah. sebab zaman sekolah dulu ramai yang tak berani tegur saya sebab katanya saya garang..sekarang da taubat. hehe). cuma sekali sekala jadi singa jadian kat rumah...

pada mereka, hal dosa, neraka, tak yah takut lah..couple menjadi budaya kemestian, sial dan bodoh menjadi zikir kelaziman. solat? tak payah cakaplah..yang 5 jadi 0..tak kesah! bersentuh2 lelaki perempuan, dye rambut, mabuk2, clubbing, lesbian, zina?..no hal! biase lah! astaghfirullah..takut hati saya mendengar...

hati dan akal bekerja keras. bagaimana Allah harus saya sentuh hati adik2 ini? cuma dengan izin Allah saje semua ini terjadi. cuma dengan kasih sayang dari Allah lah saya bisa memberi..

sempat juga 'ter'bina wall besor untuk menangkis sangka2 baik. hu. ape2 ntah. terrr'set up' dalam kepala ni, adik2 ni memang rosak lah. dah tak leh nak buat apa..

lupakah saya siapa yang mengatur seluruh kehidupan manusia? sekarang, saya di sini. merasa selamat dalam istana biah solehah. mana tahu esok lusa, raja segala raja memutarkan terbalik semuanya. bagaimana jika saya ditempat2 mereka? na'udzubillah. takut saya memikirkan kemungkinan gelap yang satu ini..

Allah bantu lah kami.. kami akan berusaha semampu kami. bantulah kami..
bukakanlah Allah jalan MU untuk mereka...
dengan rahmat dan kasih sayang MU, kasihilah mereka..
cuma KAU pemilik hidayah yang berkuasa memberi pada hambaMu yang KAU pilih dan kehendaki..

alhamdulillah sebelum program habis sempat buat u-turn niat. hu. kalau terlajak sampai habis program, alamat tak boleh undurla jawabnye. dan semua ni jadi sia-sia...uu.tak mo..

melihat respon adik2 di akhir program membuat saya mengurut dada lega. fuuh.. saat mereka berikrar untuk membenci maksiat, menjauhi zina, menjadi orang baru, cuma doa, senyuman dan pelukan sayang yang mampu saya berikan.

izinkan mereka Allah, merasa nikmatnya kasih sayangMU..
merasa selamat dalam jagaan dan pemeliharaanMU..

terima kasih adik2, kerana menjadi cermin pada saya. membuatkan saya melihat dalam diri, betapa banyaknya kemungkaran yang bermaharaja lela. membuatkan saya celik, bahawa banyak yang telah berlaku pada ummat hari ini. dan tentunya..saya tak punya alasan bermalas2 dan sambil lewa berkerja untuk deen ISLAM yang telah dipilih Allah ini..

sesungguhnya islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi:)


utrujah: rasa cam kuno lak tak tau banyak benda..hu

2 comments:

  1. ho.hampir kuno.ngee.rajinrajinkan baca berita.kot.ke gaulgaul dengan diorang.hoho.dapat ilmu baru gak.belajar+mengajar.ngee.

    ReplyDelete
  2. Semoga terus di bwah naunganNya ^^

    ReplyDelete

yang memberi hati