Monday, November 3, 2008

dia yg saya jumpa semalam

bismillah..

semalam adalah sejarah sbb dah berlalu pergi. selamat tinggal semalam..semalam dan hari sebelumnya dilalui dengan perasaan tak senang perut kerana masuk angin. padan muka, kat dapur banyak makanan, makanan kat internet jugak yang dijamunya. nah, rasakan hikmat jurusan angin puting beliung berpusing2 dalam abdomen! hiyah! serangan dari anggota badan tak sempat ditepis. adoi la..segala usaha yg cuba diisi dalam perut utk menggantikan kedudukan angin dalam perut tidak berjaya. bahkan angin tersebut dgn segala kekuatan yg ada menjana mekanisme m.u.n.t.a.h. sbg tindak balas kepada makanan yg dirasakan cuba menawan kawasan jajahan takluknya selama dua hari ini...

silap cerita la, serangan angin ke perut cuma cerita sampingan. hehehe. nak dijadikan cerita pada suatu hari..kakak maid saya: kak rika mengajak saya ke program halal bi halal. apa tuh ye?ntah, saya pun x tahu sebenarnya. pakai ikut je. hehehe. but i think, it's worth it la kot to spend nearly 6 hours kt situ. kat mana? kat situ...

satu yg menarik, program ni dianjurkan oleh ikhwah akhawat indonesia under organisasi IKMI(ikatan keluarga Muslim indonesia) mengalu-alukan sesiapa2 saje yg nk dtg. it's like satu progrm umum untuk menarik mad'u2 baru. dah namamya, program umum, makany..ramaila anak2 kilang( ramai orang indonesia area jb, kulai ni kan kerja kilang)+student+family yg berbondong2 datang tnpa mengira saiz baju, tudung mahupun seluar.

dua yg menarik, biasanya program2 islamik ni kta buatlah kt dewan masjid ke, dewan serbaguna-serbaguni ke, padang permainan ke, padang sekolah kebangsaan yang hijau dan lapang mata memandang ke. tapi dengan segala keselambaan yg ada, diorang ni tibai je buat kt dewan sekolah CINA! wawawa, kagum lah jugak. agaknya, mahal sgt ke sewa dewan2 lain kt area jb ni? but for me, tempat bukan penghalang.. dewan kt skola cina pun orait jgk kn^_^.

tiga yg menarik+tertarik, diorang jemput
ustazah hajah neno warisman. nama ni mungkin agak asing di telinga kita. sape knal? knal? tak kenal?



hehehe. da knal blom? siapakah ini? sape dpt jawab akan mendapat hadiah berupa sebuah jawapan! hehehe. rasa mcm pernah tgk dia tp dimana ya? ni dia! dlm filem ni!




bila dia sampai je, berebut2 org nak amek gambar dia. kebetulan, time tu tgh persembahan nasyid. perasaan kesian pada ikhwah yg buat performance, tak dilayan bercampur dengan rasa nak gelak melihat peminat bunda neno yg tak sabar2 nak ambik gambar dia. i guess she's not someone who is nothing in indonesian film industry. sampai mc terpaksa suruh semua orang duduk dan bersabar.

memang ternyata, dia bukan seorang yg biasa2. dr kata2nya, terlihat dia seorang yang sederhana dan sangat merendah diri. paling utama, kata2nya tak lepas dari mengajak audiens utk mengingat Allah. sesi bersama dia terasa sangat sekejap. slot yang dibawanya sangat santai sambil tak lupa dia mengingatkan yg DI ATAS. dan sangat2 lah pemurah. jarang2 kot jumpa artis malaysia yg mcm dia. hehehe. bila dia tnya soalan, berebut2 orang nk jwb. yg pasti hadiahnya sangat lumayan! dpt, baju, selendang, dpt duit, suami isteri dpt hadiah. wahwahwah.. moga kepemurahan dia sama2 kita dpt contohi. kalau nk diikutkan jumlah harga2 barang yg dia bagi, rasanya mau lebih dari dua juta rupiah kot(ni tak sure brapa duit malaysia, dlm seribu ringgit jgk kot). malaysia punya speaker biasanya kita pergi balik dpt ilmu je. hehehe3. bukanlah kita nak membesar2 atau nak melebih2kan org seberang. tapi alangkah baiknya kalau kita pon dapat berinfaq sebanyak tu pada mad'u kita kan:) uuuish.. bukan senang tu. ayo sahabat2, fastabiqul khairat!

then, pernah x biasanya dgr@ tgk ceramah aqidah yg ada non muslim diberi peluang utk bersyahadah dpn org ramai lps ceramah. mcm ceramah yusuf estes n etc.?(mcm buka tawaran siapa yg merasa yakin dgn Allah dan nk kembali pd islam boleh angkat tangan n datang dpn pentas) saya sangat2 la kagum dgn scene2 mcm ni. btapa Allah nk tunjuk pd org2 yg dah sedia muslim ni bahawa dia sgt pemurah dan mengasihi hamba2nya dlm memberi hidayah. well, alhamdulillah dpt jgk peluang ni. walaupun situasinya tak lah scene2 org bersyahadah. kali ini dpn mata saya, bersaksikan dua cuping telinga yg mendengarkan, bunda neno yg lemah lembut ini menyentuh ttg aurat wanita dgn bahasa yg memikat dan halus dan membuka tawaran kepada muslimah yg sblum ni tak bertudung tp berniat nk bertudung lps drpd talk tu. alhamdulillah, allahuakbar! lebih daripada 5 org mengangkat tangn menyatakan kesediaan masing2 dan dtg ke depan pentas. suasana sangat lah cool dan mengharukan especially bila bunda neno bercerita saat dia sendiri mencari2 kekuatan mengenakan hijab yg sempurna. dia memeluk setiap yg maju ke depan dgn erat sambil membacakan doa yg diameenkn oleh setiap org. allauhakbar! dia tnya lagi, siapa yg dah pakai hijab lebih 5 thn, waa ramainya angkat. dia up lg, 6,7,8,9,10 thn! wawawa, rasa2 mcm nk angkat tang sekali jek.tp mengenangkan ini kn majlis warga2 indonesia, takpe lah..simpan je niat tu dlm hati. kang mencapub tak pepasal.

dlm diam, saya sebenarnya ssgt menghormati mereka2 yg diberi hidayah oleh Allah melalui ujian masing2..mereka perlu mengharung mcm3 utk berhijab. alhamdulillah ya Allah, saya melalui jalan yg saya kira sgt mudah utk berhijab. saya melihat dan tertawan dgn teladan ummi dan sahabat2nya+kakak2 yg saya jumpa spanjg saya membesar, betapa mereka sgt 'izzah dgn hijab mereka. qudwah mereka dgn izin Allah telah lama menyentuh ruang hati saya yg kecil ini. saya menghitung dgn jari, 1,2,3..19 tolak 6..13 thn! lebih 13 thn saya telah memakai tudung dan merasa 'izah dgn hijab ini.. tak pernah saya terfikir ya Allah bgmana atau siapa saya sekarang tnpa hijab ini selama lebih 13 thn melindungi diri saya..terima kasih ya Allah, sungguh engkau sebaik2 perancang yg mengatur seluruh urusanku dan segala urusan dunia dan akhirat. ampunilah aku dan peliharalah aku Allah!

sgt sayang sebenarnya, saya terlepas menghadam banyak perkara dr progrm ni. semuanya sbb penyakit masuk angin di perut berhijrah ke pinggang. Allah..moga diberi kesempatan lagi bertemu dgn hamba2MU yg selalu menyedarkan diri ini ttg Mu.

utrujah: moral of the story, jgn duduk dpn komputer smpi lupa mkn!

4 comments:

  1. huahuahua..best x ingat! tp kalo nak dibandingkn dgn diri sndr sgt la malu..uuu

    ReplyDelete
  2. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Menarik betul pengalamannyer, memang best.....keep writng

    ReplyDelete
  3. sangat terharu...atau lebih tepatnya speechless..

    hidayah milik Allah..sangat beruntung org yg memilikinya..

    ReplyDelete

yang memberi hati