Monday, July 9, 2012

hugs

dengan namaMu Allah yang tak putus memberikan kami nikmat-nikmat indah

at last, i'm having my own. perasaan alhamdulillah dan hoyeah memang tidak dapat dibendung lagi rasanya! hehe



hari sabtu lepas secara tidak sengaja, telah disusun dengan baik sekali oleh Allah untuk menghadirkan hati ke program kena-makan-semasa-kenyang-dan- kena-tidur-walaupun-tak-mengantuk. wah, pertama kali menyertainya, sebelum ni dengar-dengar sahaja betapa program itu akan menguji nafsu. memang menggigil terketar-ketar juga nafsu, seperti orang ketagih dadah yang kita tengok dalam drama tv tu.

pagi itu kami bangun beramai-ramai, rukuk dan sujud. dan bertadabbur juga surah al-muzzammil. wah. tidak dilupakan, sesi melihat ke langit. oh, perasaan itu sungguh awesome! ketika paru-paru menghela nafas baru, sangat terasa akan kenikmatan udara yang Allah pinjamkan. dan keegoan diri ini yang selalu terlupa pinjaman nikmat dari Allah seperti batu besar yang menhimpit dada. dan mengepam lacrimal gland yang letaknya di atas kelopak mata itu. wah, selepas itu bertadabbur sendiri dengan hati, surah al-A'la. ohhh, perasaan seperti berjaya meng'hit' jackpot tau! ding ding ding!

dan terakhirnya, untuk dua hari singkat itu, jazakillahu khair for the love :)

utrujah: it's tiring but it's awesome. subhanaAllah, thank you Allahffor all the countless blessings and love

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati