Thursday, May 10, 2012

camping for real

ini ialah pengalaman benar camping beberapa minggu lepas yang dirasakan sangat2 mendebarkan. er, walaupun agak dah lama sebenarnya...


camping kali ni sangat lain. i must say, mukhayyam yang telah diatur oleh Allah dengan baik sekali. kalau dulu, asek gi mock camping je. tapi biasanya gi mock camping pun balik berdarah-darah, inikan pula real mukhayyam yang ternyata bikin keadaan seperti selepas eksiden.(oh, ini bukanlah kecederaan fizikal. cuma keadaan seketul daging bernama hati)

ketika kami perjalanan kami berkereta dan berkaki, berpuluh kali lontaran kata dari siblingsku, jaga hati, jaga niat!

kali ni, macam sangat berdebar! sepanjang jalan, hati berdebar dengan zikir (er, walaupun ada juga masa terlupa-lupa lalat).


kami berkumpul, diberi taklimat dan berjalan menyusuri tepi kota. sempat kami bersama seorang pakcik tua, bertongkat, dibahunya memikul beg besar yang terlihat berat. masih terus berjalan dengan muka tabah. oh, malunya rasa kalau nak cakap dah penat, padahal masih muda bergaya:P


ketika sampai di checkpoint pertama, kami banyak memerhati manusia. dan keadaan tiba-tiba menjadi kacau. asap datang membuat manusia hilang punca. dan kami telah terpisah dari kumpulan besar. berdebar-debar namun tangan-tangan ini bertaut. erat sekali kerana merasa tersangat cinta. telinga dan kaki seperti tak dalam koordinasi. arahan diberikan supaya bertahan, tetapi kaki cepat ingin melangkah berlari. tapi sangat beruntung tetap bergerak, berjalan dalam team kecil bersama orang-orang hebat. walaupun sebenarnya, sebab dah tersesat dalam asap tadi..huhu

dan hati tersentap berkali-kali juga. terkejut. tapi, belajar banyak sangat, belajar untuk bertenang. tenang dalam bertindak dalam keadaan yang sangat tidak dijangka, dan pasti bila dalam keadaan sakit yang tak pernah dialami sebelum ni

pakcik aka dr super saiya 1 sangat tenang dan professional. mengawal keadaan kami yang panik tak reti. tak tahu nak buat apa. memberitahukan kami apa yang harus kami lakukan dengan tenang. bagaimana kami melihat pak cik merawat pesakit dengan bergaya tarbiah. dan sempat ada pop quiz juga ditengah kepanikan orang yang mendapat asthma attack.
kemudian, dalam perjalanan pulang, dr super saiya 2 berkongsi yang dr super saiya 1 yg bersama dalam kumpulan kami sebenarnya, pernah ke gaza. wallaweh, tau tak kat mana tuh? tempat perang!

seperti melihat bukti nyata.

ya Allah, melihat orang-orang sebegini, bagaimanakah aku tak semakin yakin untuk terus berjalan biar harus merangkak atau mengesot di atas jalan tarbiah ini

bagaimana ketika hari itu, muwassofat tarbiah bersepuluh yang kami lazimi dalam bulatan gembira teruji...

hari itu, betapa kami merasakan satu kepastian tanpa sedkitpun keraguan, bahawa dihujung terbenamnya matahari, keadaan akan pasti menjadi sediakala. bahawa kami akan selamat kalau cuma dengan asap.

tapi, untuk saudara-saudara palestin, meskipun matahari telah terbenam buat kesekian kali, keadaan perjuangan mereka tak akan pernah terhenti. dan keselamatan adalah satu angan-angan. peluru hidup bahkan akan merobek jantung bila-bila masa.

ya Allah, Engkau mentakdirkan mata ini menjadi saksi, jadikanlah kami orang-orang yang tetap benar dengan kesaksian ini!

hari itu, mataku telah terbuka lebih luas lagi..



utrujah: get back on track and study!

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati