Friday, December 30, 2011

sabar

dengan namaMu Allah yang sentiasa berada dekat dengan kami

er. minggu-minggu exam sepertinya, masa terbaik merenung diri~

sesungguhnya, terketar-ketar jari ketika membaca ayat ini....

ah, hari bila entah imam membaca entah ayat surah mana..

sila lah bayangkan,
semalam yang sungguh syahdu kerana gelap dan hujan sedikit renyai-renyai
ketika isya' di masjid, imam membacakan ini...

wahai orang yang beriman...

wahai orang yang beriman bersabarlah...

wahai orang yang beriman bersabarlah dan tetaplah dengan kesabaranmu....

dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu tergolong dalam golongan yang beruntung

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
aliImraan:200

oh, nak menangis rasanya...

kerana terasa begitu tipis kesabaran yang ada dalam dada
mungkin kerana begitu tipis keimanan

ya Allah, ampunilah kami... dalam ketidak sabaran kami menempuh dunia ini...

utrujah: sila tabah, bersabar. dan bersangka baik dengan Allah. insyaAllah, everything will be alright. have faith

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati