Thursday, November 24, 2011

lelaki sederhana

dengan namaMU Allah yang memiliki hati-hati kami

ketika begitu banyak kesibukan dunia yang menghambat diri, terkadang terasa tak bernafas sebagai seorang mukmin.

tetapi hari ini, ketika membaca tentang seorang lelaki yang badannya tak tinggi tetapi sederhana, tubuhnya kurus, kedua betisnya kecil memberi tampak lemah pada fizikal, tipis kedua daging di pipinya, cekung jelas terlihat pada kedua matanya..

dia cuma seorang manusia biasa. tetapi kerana pengorbanannya tak pernah dilakonkan cuma untuk tontonan, keberaniannya bukan untuk bermegah, dia peribadi tabah yang membuat hati terasa tenang berteman dengannya. kesungguhannya membuat dia berlaku keras terhadap dirinya sendiri...

peribadi biasa, yang menjadi luar biasa kerana dalam hatinya ada kecintaan. kecintaan yang tak bisa terucapkan oleh kata-kata tetapi jelas cintanya bercerita kuat pada perbuatannya. dia melindung dengan rasa cintanya, dia bertegas dengan rasa cintanya, dia bertabah dengan rasa cintanya.. ah, pejuang cinta layaknya dia...

mengenali peribadi sederhana seorang lelaki yang bisa membuat hati ini tertunduk kerana kelembutannya...

lelaki yang cuma bersikap seperti yang diinginkan oleh Allah dan RasulNya

seperti lelaki sederhana ini, aku ingin turut berjalan bersamanya...

lelaki yang mengajarkankan aku sebaris kata-kata tenang yang terasa berat sehingga meluluhkan hati dan bahu yang memikul...

"Aku meninggalkan kalian dengan Allah dan RasulNya.."

aku ingin jadi pejuang cinta sepertinya...


utrujah: (T_T)aish... what a mode...

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati