Monday, September 5, 2011

membebel raya. tak bermanfaat mungkin

bismikallahumma


holla. pasti semua masih comel-comel. cantik berseri. yelah. bukan main semua. baru keluar dari spa ramadhan la katakan.

aish. hopefully semua daki-daki dosa dah tanggal dengan scrub taubat dan istighfar. itu tak kira lagi rawatan massage tarawih dan qiam. facial treatment dengn tilawah, tadabbur dan zikir. ai.ai. semakin berseri. comey-tomei...

most importantly, sering-sering la kita berdoa. taqabbalahu minna wa minkum. Ya Allah menerima amalan-amalan kita pada ramadhan yang lalu.

hu. sepertinya, masih banyak yang perlu dibaiki. sedih sekali. ramadhan ini terasa seperti loser yang tak layak beraya.*sigh*(eit, tak comel sungguh mengeluh)
ya Allah, balligna ramadhan...sekali lagi untuk kami beramal. (dush2. memang dasar manusia tak kenang budi betul)

macam mana-mana pun. sila bersemangat semula kawan-kawan! sekarang masa untuk berebut pahala sepanjang tahun pulak. wahwah. ini megasale puasa! serius patut percaya.
puasa 6 hari sama seperti dengan pahala sepanjang tahun. wahwah. tu sudah berkali-kali ganda. waweee.blingbling

oh Allah, sungguh sweet sekali. tak pernah membiarkan kami berputus asa dalam marathon panjang ini. optimis lah dengan chances tak akan pernah putus-putus dari Allah

oh Allah, sungguh sporting sekali. biarpun kami sering gila denggan dunia. gila betul

dan seperti kata pakcik dulu, jadilah hamba Allah, jangan cuma jadi hamba ramadhan. ramadhan atau tidak, amal kita harus tetap tiptop. malah patut jadi lagi baik lagi setiap hari. bukankah kita sering mendengar peribahasa hari ini haruslah lebih baik dari semalam. loser lah bagi orang yang hari ni sama je dengan semalam. dan celakalah orang yang hari ni lagi loser dari hari semalam (rephrase version. kerana sama itu plagiarism. he)

dan ketika kita punya banyak pilihan untuk berbuat amal yang dapat pahala atau amal yang berbau dosa...solat awal atau solat lambat. solat sendiri atau solat berjamaah. solat sunat atau tidur. tilawah atau gok bergebang bergosip berjam-jam. selalu lah pilih untuk mendapatkan pilihan yang jaminannya ever lasting. jaminan yang surely guranteed. bukankah tiada janji yang benar melainkan janji Allah lah yang paling benaaaar? ya. tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. janji syurga yang benar. janji neraka dan azab pun betul benaar.

pendek cerita, why not kita pilih menjadi yang lebih suci. sempena kita merayakan hari-hari raya kerana sepatutnya sudah kembali kepada fitrah yang suci. er, kalo ada yang rasa-rasa tak dapat jumpa jalan balik kepada fitrah. er, tak payah raya la kot. er.er.

kan sudah tulis, ini namanya membebel.

utrujah: loser juga masih boleh jadi winner. insyaAllah

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati