Wednesday, May 18, 2011

shortcut

dengan namaMu Allah kami masih lagi bernafas

alhamdulillah diberikan kesempatan waktu dan kekuatan semalam untuk duduk di taman syurga Allah. walaupun sekejap. tapi saya kira agak tergangkat jugak lah.

alhamdulillah.

semalam mendengar tentang satu perkara yang buat diri ni rasa macam...hmm,tak tau lah...

tentang ini. meringkaskan hidup. ha. faham apa dari perkataan tu? ringkas tu, cepat dan mudah kan. hidup tu..hiduplah... tapi kalau digabung dua-dua. meringkaskan hidup maksudnya, hidup sekejap dan tak lama. er, atau maksud lain, cepat mati?

ah, serius.

semalam pak cik bercerita. betapa ramai para sahabat ra. dulu, yang berjaya meringkaskan hidupnya..

dan pak cik tambah maksudnya. bukan sekadar cepat mati. tapi mereka-mereka yang hebat ini. dah berjaya dapatkan apa yang mereka mahu, apa yang orang lain mimpikan dalam umur yang muda. kita kan hidup dengan tujuan. dan kalau kita dah sampai kepada tujuan tu, apa lagi?

sebab tu lah, orang yang hidup dengan tujuannya cuma untuk dunia. maka dia akan hidup untuk dunia je. habis dunia ni...habis lah
tetapi untuk orang yang hidup untuk akhirat, dia kan hidup untuk akhirat. dunia, akan jadi tempat untuk dia berhabisan mencari amal yang boleh membuatkan dia tetap tak putus mendapatkan pahala sekalipun dia mati...amal yang membuatkan dia tetap hidup walaupun telah mati...

dan para sahabat, mereka hidup dengan tak ada tujuan lain melainkan untuk mencari redha Allah, menjadi antara orang-orang yang dicintai Allah. dan mereka ni tau, kalau nak mencari redha Allah, nak menjadi antara yang dicintai, cuma ada satu jalan. berjihad dengan bersungguh-sungguh, dan mati syahid dijalan Allah.

serius. dan mereka bersungguh mengejar yang tadi tu. dan ramai yang telah mendapatkan apa yang mereka impikan pada umur yang muda. sebut saja.

kita mengimpikan kita syahid, umur berapa? kita menginginkan dapat mengingfakkan diri kita sepenuhnya pada umur berapa?30, 40, 50 tahun? selepas dapat kerja? selepas kahwin, dapat anak? selepas pencen?

ketika kita menginginkan itu, ini, pada umur 40 tahun nanti,
ketika kita menginginkan Islam tertegak pada umur 50 tahun nanti...
para sahabat ketika umurnya separuh daripada itu, telah mendapatkannya...
dan mereka pergi dalam keadaan telah mendapatkan apa yang kita juga inginkan.
pada umur kurang daripada yang kita jangkakan..

hidup yang tak lama. ringkas. tapi mission accomplished

ah. serius cemburu. dapat shortcut seperti itu...

jadi ambillah masa berfikir dan merancang...untuk meringkaskan hidup.

tak payah bayar pun.

tapi kita ni tak memasal nak kedekut. huhu..

sedangkan segala kemampuan masa, harta, intellectual, bukan kita punya pun :p


utrujah: ghirah...

1 comment:

yang memberi hati