Tuesday, May 10, 2011

bukan iklan kosmetik


dengan namaMu Allah aku hidup

kulit kita ni nampak je nipis. tapi berlapis2 sebenarnya

seringkali, kita mengadu wajah kusam. tak berseri. hah, macam-macam...

he. ni bukan sebab warna kulit gelap, kelabu asap, atau apa..

bukan jugak sebab kulit berminyak, berjerawat, bertompok, berjeragat, bintik hitam, burn, atau..apa2 lagilah...

ah, macam-macam petua, produk dicari dan dicuba..risau sangat heh

dan dah pakai macam kan tapi tak berkesan jugak. he.

hei. hei. jangan sedih sangat. mungkin kita salah tackle masalah.

salah target.

hei. apa kes dengan wajah kusam?

hey, ada kes.

kusam kerana dosa...

mungkin ada yang tak tau, tak percaya, atau rasa lekeh.

serius budak ni. takkan lah..

ye lah. seriyes ni. terlalu sering wajah kita pudar serinya kerana dosa yang menompok

dan kita menutup pudarnya dosa dengan butiran serbuk berwarna-warni
kenapa tidak kita bercermin dan melihat orang-orang yang punya seri

lihatlah seperti ar-rasul yang wajahnya bercahaya seperti bulan

lihatlah seperti abu bakar yang wajahnya mendamaikan

lihatlah seperti umar yang wajahnya menenangkan

lihatlah seperti orang-orang soleh yang lain. wajah mereka bersih berseri...

bersih berseri..tanpa warna-warna dunia yang palsu...

seri yang seharusnya buat kita menjadi cemburu. ingin memiliki seri yang sama...
keserian ahli-ahli syurga...yang kekal...

jadi ingin berseri?

tinggalkanlah punca kusam. dosa-dosa itu.

kali ini bukan cuma pada wajah. kita menginginkan keperibadian yang berseri.

seperti kata Ar-Rasul dulu: Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung, yang mana dia sentiasa merasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang. “ (HR. Bukhari Muslim)

utrujah: tak berapa ada seri. sedihnya

3 comments:

yang memberi hati