dengan nama Allah yang penuh rahsia padaNya
ah, cuma nak ingatkan diri sendiri...
hidayah tu..
bukan macam pintu ECM! (ECM: east coast mall)
yang akan terbuka automatic bila kita dekat!
ye. kadang2 ada yang akan jumpa style ECM tu...
tapi ingatlah..
yang hidayah tu..
selalunya macam pintu istana lama...
yang besar, berat, sudah nak tolak untuk bukak...
tak boleh bukak sorang-sorang, kena ramai-ramai..
yang akan buat kita berpeluh-peluh, penat, sengal-sengal,
dan menangis bila luka dan tak larat...
tapi yakinlah rasa manisnya..
bila pintu istana lama tu terbukak...
kita akan melihat lebih jauh, lebih luas, lebih dalam...
dan kita...
takkan pernah lupa kemanisannya bila melalui pintu tu...
hidayah...
ramai je yang lari bila jumpa kamu...
katanya takut...
ramai je yang mengelak..
katanya, ah, tunggu seru lah
ramai yang menolak
katanya, tunggu jumpa time tua2 nantilah...
orang-orang tu terlupa...
yang bila pernah terjumpa kamu,
bila selalu sangat terserempak dengan kamu,
orang-orang tu terlupa...
yang satu hari nanti,
mungkin mereka takkan jumpa kamu lagi, kali ini, selamanya
sebab kamu, dah pindah ke tempat lain,
sebab kamu, dah jumpa orang lain yang suka dengan kamu,
atau mungkin mereka sendiri pindah mengejut ke bandar baru 7kakidalam
tanpa mereka mahu
ah, hidayah...
kadang kamu,
macam burung merpati
yang nampak jinak senang dipegang
tapi sebenarnya...
ah hidayah...
kerana kamu cuma dengan orang-orang yang terpilih...
dan aku?
utrujah:final exam datang lagi. berusahalah. bersungguhlah. dan bertawakkallah dengan usahamu. dan yakinlah dengan takdir yang Allah susun untukmu
No comments:
Post a Comment
yang memberi hati