Sunday, August 8, 2010

pasal sekolah-sekolah

dengan nama Allah yang setiap perkara berada dalam pengawasannya

huihui. lama jugak tak update ni. lain macam betul sem ni. haihai.

hari ni macam best. semalam pun macam best. hari-hari pun bukankah best sebenarnya?

kalau kita ni selalu rasa... alhamdulillah aku dapat hidup hari ni dengan segala kenikmatan yang Allah beri. yang percuma, yang sempurna..

ramadhan sudah tersangat dekat! aiai. rasa berdebar-debar-debar-debar pulak. macam rasa nak masuk sekolah baru. masuk satu frasa baru.. bukankah ramadhan itu memang macam sekolah pun?

ye. sekolah yang kita register masuk setiap tahun. yuran pun free. cuma pernah tak kita terfikir betapa untungnya kita-kita ni dapat masuk sekolah ni? bunyi dan rasa macam senang je kan?

padahal bukan kita tak tahu ramai juga orang yang bila nak masuk sekolah ni, dah tinggal esok je nk register first day, tiba-tiba Allah panggil masuk sekolah 'lain'. ada jugak yang baru je sehari, sekolah 'lain' panggil. dan ramai juga yang tengah-tengah sibuk belajar atau menakal-tak-tentu-pasal-degil-tak-ikut-peraturan masa tengah belajar tiba-tiba je kena transfer pergi sekolah 'lain'.

sebab tu, tips nak masuk sekolah ni, kita kena selalu doa;
Allahumma baariklana fi rajabi wa sya'baan, wa ballighna ramadhan..
ameen. mintak sungguh-sungguh kat tuan-pengetua-Allah supaya kasi cop lulus pada application form kita nak masuk sekolah ni. dan tak transfer kita kat mana sekolah 'lain'.

sementara tunggu lulus tu, bersiap sedialah semua dengan baju-sekolah-telekung-baru-beli-baru-basuh, sejadah-baru-beli-baru-basuh, buku-buku sekolah,bekal-makanan-kurma dan macam-macam lagi.

dan paling penting kena ingat, bila dah masuk sekolah ni nanti, jangan malas-malas asik tido je dalam kelas, sikit-sikit penat, kena belajar sungguh-sungguh sebab kat sekolah ni senang nak kumpul carry marks banyak-banyak untuk final exam nanti. cikgu rakib-'atid pun pemurah je nak bagi catat tambah markah. cikgu-cikgu cahaya lain pun rajin je doakan bila tengok kita rajin usaha.bersusah payahlah masa belajar kat sekolah nanti sebab pengetua pun suka-sayang kat kita. even bila kita buat salah, pengetua senang-senang je maafkan.

masa sekolah nanti, jadual dia fleksibel, pandai-pandailah susun jadual merajinkan diri ke tuisyen terawih dan witir. ramai student suka datang kelas puasa-iftar je. aktiviti kokurikulum nawafil, tilawah dan zikir munajat sangat dianjurkan untuk disertai kalau nak dapat kredit lebih. tak kira lah nak masuk secara kumpulan atau individu...

kat sekolah ni, tak ada senioriti biarpun yang masuk tu lagi tua dari kita. siapa-siapa yang dapat lencana taqwa, dia lah murid contoh. dan tak ramai yang dapat lencana ni. tak mau ke kita-kita ni dapatkan lencana tu?

dan jangan lupa, nanti ada event nama dia malam al-qadr bila dah nak habis sekolah. tak ada siapa pun tahu bila event-special-rahsia ni akan dibuat. tapi pengetua dan bagitau awal-awal, event-special-rahsia ni akan dibuat sepuluh hari terakhir persekolahan. jadi siapa yang alert, rajin, dan terpilih, dapatlah dia join event-special-rahsia ni. siapa-siapa yang join event-special-rahsia ni, sure dapat macam-macam. cakap je nak apa...pengetua siap bagi hadiah percutian selama seumur hidup di syurga hotel and resort..

aiai. panjang pulak cerita, terliurnya nak masuk sekolah ni..

ya Allah, izinkanlah menyertai madrasah ramadhan kali ini..
izinkanlah kami menjadi murid yang lebih baik untuk ramadhan ini..
izinkanlah kami menyertai malam al-qadr antara yang terpilih...
untuk semua ini ya Allah...
berikanlah kami kekuatan, ketabahan dan kesabaran...


utrujah: ai, kna reschedule balik jadual harian utk ramadhan kali ni! oh, sila study, quiz minggu depan banyak. sudahlah hari tu tak dapat jawab lansung. huhu

5 comments:

  1. jazakillah. jemput nnt ke gombak. iftar tarawikh party ibadah same2!

    ReplyDelete
  2. to rumput hijau,
    jemput ke kuantan kuantan juga(^_^)

    ReplyDelete
  3. posting ni jdkan Ramadhan nmpak fun dan bkn burden. tahniah!

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    post y menarik.
    jom jdi murid contoh ;)

    ReplyDelete

yang memberi hati