satu masa dulu. beberapa puluh minit sebelum lunch time.
nak rehat dulu ke?
ok lah.kita gi rehat dulu. kita pun nak keluar ni.
eh, hari ni tetiba rasa nak makan mcD la. nak tempah pape tak?
boleh la. belikan dotdotdot
nak tempah pape tak?
er, takpe lah. dah janji dengan kawan. nak pergi rumah dia
eh, jomla. sekali. nak gi rumah kawan naik ape?
er, takpe.takpe. hari ni bawak kete.
ok. kita gi dulu. bye.
bye.
dulu-dulu sebelum satu masa dulu.
eh, tengah hari ni nak makan ape?
tak tau la. nak makan mana?
ye la nak makan ape?
tak tau. ikut je
makan mcD nak? rasa nak makan fries dengan burger pulak.
er..
boleh la.
mcD boleh?
ok.
i tak makan mcD
aaa.dia tak makan mcD. tempat lain la.
okey la. tempat lain. sedap corner
dulu selepas dulu-dulu.
eh, jom breakfast.
aaa.tak yah la. da breakfast kat rumah
ala, jom la. hari tu i janji nak belanja you kan.
aaaa...ok.
ha. nak makan ape?
tak kisah la.
you makan mcD tak?
tak.
ingat kalau tak nak belanja mcD je. macam tu makan kat kedai hujung je la
baru je hari tu
cik, kita ada promotion untuk domino pizza. kita buat hari ni je
saya tak selalu makan pizza. banyak ni
tak pe cik, bukan saya nak suruh cik order makan habis. kita buat promotion ni sampai dotdotdot
kalau cik beli kupon ni. cik jimat banyak.
dotdotdot. promote.promote.promote..
aaa. set ni sekali dengan coca-cola. untung kalau ambik ni.
aaa.saya tak minum coke.
ai, berjodoh sungguh la dengan mcD ni
tahu, tahan, mengidam dan diam?
atau mula belajar katakan tidak!
mungkin orang lain nak meminjam sikit kekuatan.
kuat untuk katakan tidak
kerana kamu tahu.
saya tahu. saya diam. saya merasainya. serba salah
dan saya meminjam kekuatan.
terima kasih. untuk loan inspirasi yang tak ada bayaran balik
saya belajar untuk katakan tidak.
kerana saya tahu.
dan saya ingin berbuat
biarpun kecil. biarpun cuma pada tiga-lima huruf. tak-tidak. dan titik
menahan duit-duit dari terus masuk ke tabung-tabung besar zionis.
yah.. yang dikorbankan akan buat kita rasa terkenang-kenang. sedikit kesal juga. tak mustahil. ditambah dengan berat hati kerana semuanya yang kita mahu. seronok. moden. stylish. go with the flow. kalau tak rasa terkilan. teringat-ingat, termimpi-mimpi dan mengidam tak ada lah namanya berkorban dan berjuang melawan hawa nafsu. jalan jihad yang tersohor diwarwarkan.
teruskan boikot dengan istiqamah. mungkin juga tersasul lupa ditengah jalan. tak apa. sebab istiqamah dan konsisten tak bermaksud jalan lurus highway. mungkin juga macam jalan mersing.
pilih lah untuk beramal walau sesempit mana pun ruang. pilih lah untuk terus beramal walaupun tali-tali keseronokan hampir menjerut leher. pilihlah untuk beramal seperti burung kecil yang membawa air untuk memadam api besar marak yang membakar ibrahim as. moga ia ikhlas dan menembus tujuh lapis langit. ini untuk saya dan kamu yang suka lalu lalang atau yang suka bertenggek.
utrujah:tak boleh tahan betul internet lambat lately ni. zionis ni nk cut down world wide connection ke ape.
i like this post..thanks..:)
ReplyDelete