Saturday, November 28, 2009

mencari atau dicari?

dengan nama Allah yang Maha menunjukkan jalan

ada yang tertanya..
pada akak, usrah tu sepatutnya dicari or what?
whoaa.. soalan ini, buat saya berfikir panjang..

yah.. saya pasti akan kata, cari! kalau dah datang, jgn pulak buat tak tau sudah!

kerana usrah ialah core business kita sayang!
utk membetulkan diri, mengejar dan berlari mencari redha Allah
dalam setiap detik hati, dalam tiap kata, dalam tiap kali berbuat
dan kita yakini;
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia yang mengubahnya sendiri!

kerana kita tak pelupa, jd cari lah yang mengingatkan
kerana kita lemah, carilah yang menguatkan
kerana kita perlu kasih sayang, carilah yang akan memberi
kerana kita tak sempurna dan tentu saja tak bisa hidup sendiri

ya, semua ini bisa kita dpt terus dari Allah!
tapi juga harus diingat, hubungan sesama manusia yang membawa kita pada Allah
teramat mahal dan diberi nilaian yang tinggi disisi Allah
bahkan orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah menjadi golongan istimewa!
di hari yang tak ada perlindungan dan naungan melainkan perlindungan dan naungan Allah
moga ini menjadi langkah mula untuk kita meluruskan jalan bertemu dengan Sang Maha Pencipta di hari akhir nanti


utrujah: huhu. sori la fa, akk lambat tunai janji


No comments:

Post a Comment

yang memberi hati