Sunday, October 18, 2009

mimpi-mimpi

dengan nama Allah yang mengilhamkan segalanya..


Cita-cita? Hmm. .cita-cita ni macam mimpi la rasanya, impian dan keinginan..dan saya ada banyak..banyak sangat..salahkah banyak bermimpi, banyak berkeinginan, banyak bercita-cita? Ha. Saya tahu bahawa semua yang saya mimpikan, yang saya inginkan, yang saya cita-citakan harus terikat dengan niat yang ikhlas dan bersih..


Mimpi-mimpi masa kecil


Hehe..kelakar juga mimpi-mimpi masa kecil. tapi saya akui harus sebanyak-banyaknya bersyukur. Kerana cita-cita saya banyak dicorak dengan cara saya dibesarkan. Tumbuh sebagai anak yang punya ummi dan abah yang ditarbiah, buat saya juga bermimpi-mimpi, satu hari jika saya besar nanti saya ingin sekali berjalan, berlari bahkan berlumba2 di atas jalan dakwah ini. Dikeliling saya, ramai kakak-kakak yang baik-baik bahkan bertudung labuh. Buat saya juga memimpikan bila besar nanti, saya juga mahu istiqamah mengenakan pakaian kehormatan itu. Tak kurang juga menginginkan jadi anak yang kaya, punya kereta yang besar, boleh menyenangkan orang tua..hahaha.


Bila dah sekolahnya belum tinggi..


Maka niat dan mimpi pun berkembang..tumbuh menjadi tunas. Bunganya, buahnya..tak pasti..cikgu tadika cepat mengenal saya, kerana punya abang. Dan yang pasti, kerana suara yang kuat dan boleh diheret ke pentas persembahan. Alhamdulillah, tak pernah lah pulak fikir nak jadi penyanyi atau pelakon (nasib baik, sebab suara ini nyata bisa membuatkan hari menjadi mendung..). entah dari mana dan bila, pernah menonton pertandingan pidato, debat dan bahas. Maka tiba-tiba idea mahu menjadi peguam tersembul keluar. Mungkin kerana rajin sekali bercakap (memotong cakap orang dan berbalah) dengan lajunya dan jayanya. Masa kecil (err, lebih kurang darjah 6), banyak berkongsi dengan abah tentang cita-cita, dan abah support baik punya! Kata abah lagi, bagus juga jadi peguam perempuan, kakak boleh jadi peguam syariah..lagipun, kerja tak susah sangat (hehe, abah suka ulang ayat ni kalau cakap pasal kerja) Heihei..cita-cita menjadi peguam tersergam indah dan teguh di hati sanubari hampir enam tahun tanpa ragu-ragu. Tak kurang juga mengalami kekecewaan masa berkejar-kejar dengan cita-cita dunia. Bila abang dilantik jadi pengawas (sekolah rendah), wah wah, saya juga bercita-cita sama. Mahu jadi pengawas..nampak gah gitu. Tapi ternyata Allah mengatur hidup yang lebih indah buat saya supaya belajarlah menerima keperitan bahawa kamu belum mampu lagi merealisasikan cita-cita kecil yang satu itu. Tiga tahun berturut-turut dipanggil ustazah untuk temuduga, satu pun tak lepas gamaknya. Alhamdulillah yang terakhirnya, lepas la pulak..dan terjadilah pengenalan saya dengan dunia cita-cita yang di dalamnya, ada langit tanggungjawab yang harus dijunjung, ada laut amanah yang harus jaga, dan ada tanah yang disitu tempat niat dipasakkan..


Tinggi sikit..


Bila masuk sekolah menegah, cita-cita dunia berganti-ganti. Macam ganti baju tiap-tiap hari! Setiap tahun, tukar satu, cari yang baru. Berbaris dalam buku report berkaler biru, sekejap peguam, sekejap ahli pakar bahasa, pensyarah, tapi ada satu yang tak bertukar dan tak tertulis di buku report sebab saya mula suka dan jatuh cinta dengannya. Ya, cita-cita mahu menjadi pemudi pejuang agama Allah! Yang cinta kehidupannya untuk Allah dan Rasulnya. Yang dedikasi kehidupannya menjadi da’iyan ila Allah. Alkisah.. sekolah mewajibkan semua untuk join usrah, (lebih glamour dulu org panggil MDP-majlis diskusi pelajar, kononnya nak topengkan usrah dr yg org allergic ni dari pak cik mak cik kementerian pendidikan. Haii, macam2..) maka dengan seronoknya, saya bergadang dengan geng yang best dan boleh masuk. Lagi masyuk bila naqibahnya pun tak skema sgt. Hehehe. Diam-diam memerhatikan kak wardah (sekarang anak kak wardah dah dua!), buat saya bercita-cita bahawa satu hari nanti, saya mahu ada ditempatnya.. dan usrahlah tempat saya mencedok dan menggali ilmu-ilmu Allah yang maha luas selain di kelas.. dua tahun tanpa sedar, saya mula dikumpulkan bersama rakan-rakan (sekarang saya suka memanggil mereka sahabat2) yang dilihat punya potensi yang tersendiri dam usrah yang baru dan naqibah yang baru. Kami berusrah dengan riang gembira sekali. Hari jumaat, hari usrah menjadi hari yang ditunggu-tunggu. Dengan cara yang begitu ramah dan ceria, naqibah saya mula menanamkan dalam diri setiap kami bahawa apa yang kami dapatkan saban minggu bukanlah agenda main-main atau lecehan. Bahawa kami dipersiapkan untuk berhadapan dengan ummah dan menjadi mata-mata rantai dakwah risalah Rasulullah saw. Kami bahkan terkedu, risau malahan berasa bimbang..saya sendiri, jujurnya merasa bahagia. Merasa yakin sekali bahawa inilah permulaan jalan tarbiah buat diri yang Allah bukakan..mimpi masa kecil yang Allah makbulkan dalam tak sedar. Dan saya mula punya cita-cita yang lebih besar, bukan untuk diri sendiri, berkali-kali saya yakinkan diri, ini adalah untuk ummah! Cita-cita yang lebih teguh dari menjadi seorang peguam, seorang ahli pakar bahasa, cita untuk melihat islam diletakkan ditempat yang paling tinggi, cita untuk melihat umat Islamlah yang memegang dunia, cita untuk melihat tak ada lagi umat Islam yang dilecehkan, mimpi-mimpi mahu semuanya hidup atas nama Allah.. perlahan-lahan saya belajar bahawa semua yang saya cita-citakan tak mudah! Berjanji mahu menjadi daa’iyan ila Allah, prosesnya bukan senang dan sekejap. Apatah lagi sekelip mata. winkwink (**,) bahawa jalan ini sangat panjang dan melelahkan, menuntut keringat dan air mata bahkan harta dan darah. Saya pasti tentang satu hal, tidak ada kerehatan bagi orang yang mempunyai maruah agama!


Jadi sekarang..


Saya tercampak di sini, di ceruk kecil bumi tuhan, bernafas dengan jiwa hamba. Masih dengan cita-cita yang sama. Dan setiap cita-cita saya jadi bercabang dari dahan menjadi ranting-ranting. Setiap satu perlu sokongan, cita-cita menjadi daa’iyan ila Allah harus ada pendahuluannya. Mulai dengan menjadi peribadi muslimah yang aqidahnya sejahtera, ibadahnyanya yang sahih, akhlaknya yang mantap..dan lain-lainnya. Untuk memenuhi 10 muwasofat muslim yang dicirikan pakcik hasan pun, tercungap-cungap. Inilah jalan mujahadah utk istiqamah yang harus saya rintis untuk cita-cita besar saya.. saya bahkan menginginkan sekali orang-orang disekeliling saya bisa merasakan kebahagiaan-kebahagiaan kecil hidup yang telah saya rasakan dgn memalui jalan ini.


Saya selalu memimpikan bisa mencontohi ashabin nabi, tabi’ wa taabi’in dan syuhada’ yang telah mendahului saya dalam banyak hal.


ingin sekali bisa..

menjadi hamba seikhlas rabiatul adawiyah, setaat maryam ibunya isa as pada perintah Allah.

Menjadi anak seperti nabi Ismail as, yang berbakti pada ayahnya Ibrahim sehingga bergadai nyawa kerana Allah

Menjadi perempuan setabah asma’ abu bakar, sekuat khaulah al-azwar yang tak takut turun ke medan

Menjadi sahabat setia seperti abu bakar yang selalu kuat teguh menyokong, berkorban dan mendoakan teman-teman lain

Menjadi pelajar secerdas aisyah ra yang tekun menghafaz setiap hadith nabi dan menjadi ilmuwan yang fiqih..


Ya Allah, yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas jalanMu..

Jadikanlah aku dari sebahagian golongan yang memperjuangkan agamaMu..

Jadikanlah setiap nafas, kata dan perlakuanku sebagai ibadah kepadaMu..

Hidupkan aku dengan cinta padaMu, dan matikan aku dalam hati yang penuh cinta untukMU..


utrujah: ni task usrah sebenarnya..hehehe


3 comments:

  1. attention!baris 18, perenggan ke 3=kerana rajin sekali bercakap (memotong cakap orang dan berbalah) dengan lajunya dan jayanya.)!betul3!:D:X8-}

    ReplyDelete
  2. salam
    hooolaa..panjang nye post! pelik..sy bace habis da...
    sungguh ini jalan yang panjang..
    sungguh pengalamn membentuk diri
    mencorak pemikiran..

    ganbatte...smoga tercapai cita2..

    ~jom doa slalu untuk shbt2~

    ReplyDelete

yang memberi hati