Wednesday, June 10, 2009

tarik satu!

dengan nama Allah yang tak pernah lokek memberi nikmatnya

fa tanya, apa m***t tu? okey fa, itu ialah mulut. dan jangan la tanye nape rindu kt mulut fa. it just happened. sebab fa cakap banyak sangat. kan, dah terbagi jawapan. drop the subject!

baru saja ditarik satu nikmat besar yang Allah beri. nikmat menggunakan satu anggota. uh.. anggota itu mengalami kesakitan. uh, sakitnye. serius sakit. tet.tet. tak bisa..berbiiisaaa..

kesakitan kecil yang perit ini buat saya cepat panas saja. kerana sakiit. maaf pada yang terrrrdimarahi. ish. cepat panas, bukan salah sakit saja. sendiri. diri sendiri. kurang kesabaran. bukankah sabar itu indah? hu.hu.

kaffarahkah? buat membayar dosa saya yang lahir melalui anggota ini. sudah banyak mana hati yang terluka kerana anggota yang ini? saya tahu. ada yang terguris di lalang. mohon dimaafkan. kerana tak berniat sebenarnya.

dua S. S untuk SAKIT. S untuk SYUKUR. kerana sakit, syukurlah! DIA menghantar tanda bahawa sedang diberi ujian. sedang diberi perhatian yang lebih. bahkan sahabat2 nabi risau kalau tak sakit atau diberi ujian dalam sehari. risau kerana tak diberi perhatian lebih oleh si DIA. perit benar nak bersyukur dalam sakit. sebab tertinggal satu lagi S. apa dia? S untuk SABAR. sebab sebelum syukur, kena ada sabar. sabar tanda syukur kan?. yess. lengkaplah tiga sekawan. baru boleh bahagia terlompat2..mengharapkan lompatan ala-ala belalang. biar jaraknya kecil biar sampai ke syurga. 3 S yang keramat ni, jom sama2 beramal!

nak jadi macam nabi ayub? ingat lagi tak ceritanya..cerita 3S. memang respeklah tabik spring toing2. nabi ayub yang kaya. kaya isteri, kaya anak, kaya harta. nabi ayub bila diberi cubaan sakit. serata tubuhnya berulat..sakit. kita nak main ulat pun geli. cuba pegang ulat sampah? eiii, gelii..ulat buah? eiii...tapi nabi ayub sikit punya terrer tahan sakit dan sabar. siap ulat2 yang jatuh, dia bubuh balik kat tempatnya..bahkan betapa super terrernya nabi ayub, dia tak marah2 pun masa sakitnya. saya? tak tahulah macam mana..

heh. sakit ini tazkirah tahu! sakit selalu jadi rotan yang..SAKIT bila dilibas dan terkena. arghhhhh! adoiii! auuuwww! supaya tak lupa apa nikmat yang DIA beri. tak tamak sangat. tak takabbur, tak riak, tak berlebih-lebih. nikmat bercakap, nikmat makan, mengunyah, nikmat tersenyum..

terlepass. melepass.. nikmat2 yang selalu dijadikan rutin. sampai lupa itu nikmat sebenarnya. udah le duduk kat kampung makanannya super duper best. dapur kat kampung tu tak berhenti kerja. mula2 masak sarapan, pastu buat kuih. tak sampai sejam rehat, dapur berketung-ketang lagi masak untuk lunch pulak. lepas lunch dah plan apa nak buat makan petang. siap tu, siang ikan ke ayam untuk makan malam. lepas maghrib, meriah lagi dapur buat makan malam. ya Allah. hidangan macam2. sedap2. kecur air liur. tapi..sakiiitt. nasi pun rasa pasir..

sahabat2 maklum kalau saya sakit yang satu ini, biasanya..akan kurang sikit kenakalan saya, akan kuranglah kebisingan saya. dan menjadi si pendiam berhemah yang rajin menulis nota ringkas (cess, bunyi cam student yang baik punya!) dan berlakon bahasa isyarat..

ya rahman ya rahiim, Allah..
ampuni aku andai tersalah dan tersilap
betapa aku kadang2 alpa dan leka dengan nikmat mulut yang kau beri..
ampuni aku, Allah..
andai nikmat ini pernah aku salah gunakan..


utrujah: mahu cepat sembuh! kena guna ubat. takutnya nak bubuh..uh...

4 comments:

  1. erm..
    salam...:D
    hahaha..
    rindu x kt kte??
    knl x???
    hahaha...
    xpe2 andai x igt...
    diri ini x mnta di ingati..
    hahaha....
    sowi x smpat nk give u last bye...

    ReplyDelete
  2. ceh. ni nak kna cubit ni..
    ni munirah ke?

    ReplyDelete

yang memberi hati