Wednesday, April 15, 2009

urusan 'sulit'

dengan nama Allah yang mengetahui segala isi hati


apa yang anda buat bila marah? sedih? kecewa? perasaan. susah diterjemah, kata orang. kata saya, mudah. bila perasaan berkuasa menjadi raja pada jiwa. maka ia akan menitahkan pada sekalian rakyat anggota badan untuk ikut cakap dia! ye. ikut cakap dia! siapa? raja perasaan. orang akan kata, tak semua orang begini. siapa tahu. sebenarnya cuma nak menafikan hakikat. pahit. kebanyakannya begini. jangan jadikan ke'biasa'annya begini. kerana perkara 'biasa' yang ini merosakkan akal dan hati.

saat raja perasaan berkuasa menjadi diktator gila. akal selalu menikus mencicit lari. diam dan jauh. jarang sekali akal jadi singa yang garang dan dituruti. dan bendahara hati akan cuba berkata sesuatu untuk menyelamatkan rakyat jelata si kuncu2 anggota badan. diktator gila kata, berambus! bendahara hati harus lebih bijak. iya. bijak macam bendahara melaka zaman dahulu kala. zaman sultan menjadi diktator gila.

habis. selesai.

baru saja marah bercampur geram. kesal. jerit. tak bawa makna. hati ini tahu. tapi sulit sekali melapangkan dada dan tenang melepaskan urusan dunia ni. tahu tak bawak mati pun. alasan kerana saya manusia biasa, yang punya hati dan perasaan. lapuk tapi benar. sabarlah. sedang dicuba dengan bersungguh2. tinggalkan je tempat kejadian. jauh. basuh hati dan perasaan. dengan wudhu'. nikmat. mengadu saja pada DIA.

ya Allah, kenapa mudah sekali aku marah?
ya Allah lapangkan dada ini..
ya Allah yang memegang segala urusan hati,
jauhkan rasa sedih dan marah, resah dan gelisah daripada hati kecil ini..

sedang sabar itu sulit. ye. bahkan sangat sulit sekali. ta'kid! perlahan2. urusan sulit ni perlu sedikit masa. dan perasaan tu akan pergi. diam2. perlahan. dan hilang. selalu lah meminta pada DIA yang tak lokek memberi. dan DIA selalu bersama orang yang sabar.


wahai orang2 yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh Allah bersama orang2 yang sabar

dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan(solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk

terima kasih Allah. menunjukkan jalan sabar. kerana sudi memuliakan manusia yang jelas lemah dan hina. meletakkan manusia di tempat yang tinggi kerana sabar. dan sabar buah dari iman.. bagaimana kabar mu iman?

kuatkah iman hari ni? sehat? atau extra sehat daripada biasa? tiada jawapan. sakit kah iman hari ni? demam? atau ada penyakit lagi serius? bisu. buatlah sesuatu untuk sehatkan iman. iman tak selalu kuat. iman perlu bantuan dan sokongan. sokongan amal dan ikhlas. kalau amal je ada boleh kan iman? tak pun ikhlas je yang jumpa iman? tak mau! iman nak dua2. iman nak amal dan ikhlas ada sekali. bersama. iman janji akan jadi kuat dan extra sehat kalau dua2 ada. tolong lah cari amal dan ikhlas. iman nak sangat jumpa dua2..


utrujah: abis sume barang rosak (T_T). relakanlah wahai hati. lapangkanlah wahai hati..gangguan emosi

4 comments:

  1. - adakah kamu mengira, kamu akan dibiarkan berkata " Kami telah beriman" sedangkan kamu belum diuji?(Surah Al-Ankabut ayat 2)

    - adakah kamu mengira, bahawa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi mana belum datang kepada kamu, apa yang didatangkan kepada orang sebelum kamu, mereka diduga dengan ujian, cabaran dan digoncang, sehingga berkatalah Rasul dan orang di sekelilingnya, " Bilakah pertolongan ALLAH(hendak sampai)?" Ketahuilah bahawasanya pertolongan ALLAH itu amat dekat(Surah Al-Baqarah ayat 214)

    - Mereka yang meyakini meraka akan bertemu ALLAH berkata " betapa banyak kelompok kecil menewaskan kelompok besar dengan izin ALLAH" dan ALLAH itu bersama dengan orang-orang yang sabar(Surah Al-Baqarah ayat 249)

    Sabar bukan mudah. Melalui ujian juga bukannya senang. Tetapi binaan kepada sabar adalah iman. dan datangnya ujian adalah untuk pembuktian atas keimanan itu.

    ana sambung ayat 2 Surah Al-Ankabut dengan ayat ke-3

    - dan sungguh, KAMI menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti akan mengetahui orang-orang yang benar(imannya) dan orang-orang yang dusta(imannya)

    Semoga ALLAH redha...

    ~seorang HAMBA

    Hilal Asyraf

    ReplyDelete
  2. semua yang bernama MANUSIA berkongsi mcm2 bentuk emosi: gembira, sedih, terkilan etc etc. Tapi apa yg menjadikan kte INDIVIDU = bgmana kte handle emosi2 tersebut.
    yg pasti, seorg individu muslim itu lebih kuat sbb dlm kesabaran yg berlandaskan keimanan, ada kebersamaan Allah. "Innallaha ma'as-soobiriin"
    semoga kemarahan menjadikan kita lebih tegar mengikat kesabaran dlm hati. ameen.
    Walirabbika Fasbir~

    ReplyDelete
  3. haha.ni mesti kerja budakbudak tu rosakkan barangbarang kamu.apa yang rosaknya?ngee.lalala.DIA nak uji kamu je kan.huhu.DIA kasi budakbudak tu jadi bahan eksperimen.lalala.sabar je la.hoho.

    ReplyDelete
  4. wah~ ckp jela nak pjam sume..hee~
    actually bole aja..tp bagaimana mau pjam ye?? hurm..

    eh VT 2 mau brape? satu jew ek..

    owh i pun x g erat..cuz dats 4 spm leavers only..lol..salah program la plak..malu2..[time semngt lak slh prgrm ek..huu~]

    amboi bznyew kamu...i pun nak bz gak la..bz bce bku..hee~ lalala.

    ReplyDelete

yang memberi hati