Thursday, April 9, 2009

teruji dan diuji

dengan nama Allah yang maha menguji dengan segala sesuatu

cerita kbm lagi. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. kerana ada yang saya belajar dibalik kekecewaan pada diri sendiri. kerana soalan adik2 yang selalunya tak dijangka. terima kasih kerana mengajarkan sesuatu. terima kasih untuk soalan2 yang best2, pedas sampai tak tau nak jawab pe. nape ye tak tau nak jawab pe? sebab saya tak mau nak bagi jawapan skema buku yang sound so perfect, so ideal. sebab saya tak sempurna. dan sehingga hari ni. buat2 saya terpikir2.. cara yang 'mesra' dengan adik2..

antara soalan2 minggu lepas..

akak, ada boyfriend tak? tunang ke? takde sape2 punya ke? kawan lelaki yang rapat ke?
-eh? ada ke tak eh?macam ada..jap cuba ingat balik..tade lah(nada sedih) haha.

akak, spm dapat bape?

- malunya nak bitau. nak bitau ke tak? tak yah le. biar le rahasia.. tapi alhamdulillah. thumma alhamdulillah. thumma alhamdulillah.

akak, tak panas ke pakai baju besar2 ngan tudung labuh?

- panas tak? ni nak kna try ni. nak try? pastu boleh bagitau. rasa kita mesti sama. rasa BEST!

akak, sume kakak2 krj memang pakai tudung labuh2 ke?
- ni..macam ye. macam tak. okeh. saya suka je nak cakap ye..hahaha


[ ni group saya.adik2 SMT tanjung puteri]

terima kasih adik2. saya melihat soalan2 ni dari sudut yg best. jawapan? nak jujur ke tipu?? hehe. senyum tigeee. semua.. look at the bright side of life. saya kira ada soalan2 ni sebab adik2 mesti pelik menarik and tertarik nak usha kami. how do we represent ourselves in front of people? how do we live our life in our way? keadaan macam ni mengingatkan saya selalu untuk islah. islah diri. kerja yang tak berhenti..saya sedang bekerja sekarang ye. bukan cuma tanam anggur dan ternak lemak. kerja memperbaiki diri sendiri. juga bekerja untuk merasa hidup lebih bermakna. hidup cuma kerana Allah..

merasa hidup bermakna. ada orang rasa hidupnya tak ada guna. kenapa? sebab masih tak paham atau tak tau untuk apa hidup. atau ada buat2 tak paham, buat2 tak tau. ni untuk spesies manusia yang sengal. sekarang saya cuti. nak cuti yang bermakna? orang rasa cuti yang bermakna. go on vacation la kurang2. makan angin ngan famili. go shopping abeskan duit. hang out dengan kawan2. tidur manyak2 sampai pening2. online internet sampai tak ingat dunia. bermakna ke camni? ai.. bengong la camni. hidup lansung tade makna. cam robot. tiap hari2 sama je.

hidup bermakna meriah dengan ibadah. iye ibadah. tak main la khusus2 tu. yg khusus tu dah memang wajib. tinggal lagi depends on kita merasa masyuk wat yang wajib2 tu. plus ngan kredit yang sunat2 tu. biasanya time cuti ni la yang malas nak buat yang sunat2 ni. btul? iye. btul la pada saya. jadi dengan kemalasan tahap dinosour, bila sekali dapat buat rasa seronok kan. rasa sekali nak buat lagi. tak caye try cuba. jom la sama-sama kita jinakkan dinosour malas ni! kalau tak sama2, mesti la kalah terbabas.. meriahkan diri dengan ibadah2 umum.. banyak ni.. dari bangun tido sampai tido balik tak abes nak tulis..

untuk jiwa2 yang memanggil diri sebagai daie, time cuti ialah masa terbaik merecharge ilmu, iman dan amal. cuti ialah masa nak abeskan baca buku2 fikrah, plus ilmu semasa. ni agak susah sebenarnya. tapi rosak manusia kalau statik je ilmunya. tak bertambah2. takut berkurang nanti jadinye. bila lagi nak abeskan baca buku syed qutb, 'abu a'ala almaududi, ramadhan albuti, fathi yakan, sayyid sabiq, risalah2 hasan albanna lagi. huh, ni baru buku2 yang basic 'level daie'. kalau list je. memang tak abes le. sikit2 insyaAllah. macam sehari selembar benang lama2 jadi kain. sehari baca semuka lama2 abes sebuku.. saya juga bermula. kadang2 mengantuk dan tersengguk2. hehe. nak harapkan time busy study, lagi ciput tahap nak semput rasanya..

cuti saya jadi bermakna. lebih bermakna. saya buat benda2 yang sepatutnya saya buat dah lama dulu.. benda yang sepatutnya saya sibukkan lama dulu. alhamdulillah. tak semua dah buat. sikit2. moga saya istiqamah menyelesaikan semuanya perlahan2.. ni blum kna ujian emotion. hari tu dah kena, time dekat exam final. tak mau dah..


utrujah: yang tengah demam exam atau akan exam, bittaufiq wan najah! saya tunggu anda semua balik!

1 comment:

  1. huhu.kalau bab tudung tu cakap je la yang memang panas pun.tapi kalau da kat neraka nanti lagi panas.lagi la seksa.baik kena seksa sekarang dari kena seksa kat sana.lagi dashat.ngee.seram je kan bunyi.lagi pun bukan seksa sangat.panas je kan.(je kan.cakap senang.tapi korang boleh buat.kiranya korang hebat la.wanita terhebat.kagum.ngee.haha.)lagi pun DIA suruh bukan sukasuka.nak protect kita gak kan.nak tengok gak ketaatan kita dengan DIA gak.kan kita hambahamba DIA.so nak jadi hamba yang baik,ikut.kita nak beli syurga dari DIA.bukan murah.so kena banyak berkorban.untuk DIA.bukan untuk orang lain.+last apa yang kita buat tu pun untuk kita sendiri gak.nak jadi hiasan terindah dunia ni.kita pun lindungi harga diri untuk orang yang kita cinta nanti.perhiasan yang kita simpan untuk orang yang akan sehidup semati dengan kita.sebab tu jaga elokelok.lindung dengan penuh hatihati.sabar walaupun rasa semua tu susah.korang memang hebat.yang bernama wanita.ngee.

    ReplyDelete

yang memberi hati