Thursday, April 2, 2009

oh subahat..

dengan nama Allah yang sentiasa menunjukkan jalan

pahit! uhuk! itulah yg dialami oleh seorang hamba Allah.

peristiwa berlaku di kediaman puteri2 indah berseri yang terletak dalam taman ilmu dan budi yang terkenal diseantero tanah semenanjung melayu dan jua pulau2 sekitarnya.

serba salah serba serbia. eh. nak buat camne la ni?? terkejut cicak dibuatnya bila seorang 'inche putera' yang tak dikenali menahan jalan. gaya ala2 pak guard uia nak menge'chek' kad matrik. upsss. nak apa pulak ni?? bengang kerana roadblock yang tak dijangka. dah lah lambat nak gi kelas ni. haish!

"sis, boleh tak nak mintak tolong sikit?"

"em..." diam

"tolong bagi kan ni. pada sister kat bilik 2** boleh?" sambil tangan 'inche putera' menyorong hadiah bersampul comeeyy

"nak amik ke tak? nak tolong ke tak?" sekali lagi, serba salah serba serbia melanda terasa aura2 bersubahat dengan 'inche bertanduk dua'. serasa cam nak bagi je tembakan bazooka tazkirah pada 'inche putera' ni.

"okeh..." tangan terasa berat lebih 10 kilo menyambut jua hadiah yang comey. ooo.. comeyynye kau hadiah.(tade sape ke nak bagi saya hadiah??) naseb baik comey.

"em, thanks" sambil tangan 'inche putera' mengulur not2 kaler merah setelah melihat muka hamba Allah kelat2 toya. berapa keping tuh? 'inche bertanduk dua' apalagi, bersorak riang gembira seperti di pesta lagaknya mengharap hamba Allah menyambut 'tips ikhlas' dari 'inche putera"

"em, no thanks" hamba Allah menolak not2 merah tu pulang ke pangkuan wallet 'inche' tadi.

berlalulah 'inche putera' tadi setelah hajat setinggi gunung menghantar cendera berangkai hati kepada pengarang jantung buah hatinya.

maka hamba Allah jua berlalu dengan rasa serba salah serba serbia kerana masanya dicuri. dengan buah langkah jurusan secepat kilat yang mampu olehnya menyampaikn hajat 'inche putera' dan tak berlengah menuju ke pusat taman ilmu dan budi..walau cam mana pun, bantuan jurusan langkah kilat tu. tetap jugak tak dapat menyelamatkan hamba Allah dari keterlewatan waktu. aishh..

si hamba Allah mengadu pada kekandanya tercinta mengkhabarkan perihal yang berlaku, resah dan gundah gulana. mana lah tahu mampu menyiram pedoman ke dalam hati. nak tau kekandanya bilang apa?

"loh..nape tak amik je duit tu." uish! ke situ pulak gamaknya bicara kekanda yang sorang ni.

dan hamba Allah?? merasa pahit! resah dan gelisah..bersunguh2 mengulang2 berharap pada rabbnya. moga diampuni dosanya yang satu ini..


utrujah: saya pun tak nak wat camne kalau diletak di tempat hamba Allah.. anda semua?


9 comments:

  1. kalau saya?
    ye saya bilang
    "maaf,xkenal dan xlalu bilik tu..minta tolong orang lain ye.asif jiddan"
    pastu trus pergi..hehe :) boleh x?

    ReplyDelete
  2. hamba ALLAH itu mungkin juga ada masalah sendiri sehingga ada timbul rasa serba salah serba serbia...

    mungkin kalau ana jadi hamba ALLAH itu sendiri, ana akan buat perkara yang sama kalau sebab dia kukuh.

    kemudian tanya la si penerima hadiah, siapakah inche putera tadi.

    atau, kalau serba salah serba serbia tidak menyerang ketika kehadiran inche putera itu...

    ana mungkin akan bertanya,

    " Em.. apa hubungan kamu dengan dia ya?"

    dan mungkin memberikan sedikit peringatan dalam nada yang sederhana.

    menipu? rasanya tidak perlu.


    ~yang sebenarnya tidak tahu pun apa yang orang lain fikir...

    Hilal Asyraf

    ReplyDelete
  3. hmm..
    klu ana, tgk dlu inche putera tu cmne..klu nmpk cam mncurigakn, msti hadiah tu pn cam tuannye jugak..ana x amik..ana akn bagi alasan..

    tp klu inche putera tu nmpk cam xde prasaan, ana amik n bagi kat sis tu..pas sis tu da bukak, baru lah tnye slnjutnye..aci x?

    pndpt laen?

    ReplyDelete
  4. Hmm memang tkleh nk kasi hadiah ker? hmm..contoh..

    Bce ayat² cinta kan? Hmm fakri rsenye ade bg hadiah kalo membe² ataw jirannye besday..termasok maria..

    Tataw bley jd hujah ataw tk.. Kalo kte bg hadiah untuk gembirakan org cne plak?

    (ni mcm pendapat org kolot sket)

    ReplyDelete
  5. klau fa..
    fa pon tatau nk bt cmne.
    tp mesti rse cm..
    tak senang duduk.
    cmne ek nk bt?

    ReplyDelete
  6. papehal un kne la tny relationship bro 2 ngn sis 2 dlu..mane tau cousin die kew :P
    kte kne bersangka baik...lalala~

    tp papehal un..klu serba slh..
    dri stat lg better tolak..
    tolak ngn care baek la ^^

    dats wat i'll do la..

    (pendpt org yg still jahil..)

    ReplyDelete
  7. kalau saya yang nakal ni tak kenal orang tu+orang yang akan dapat hadiah tu so tak ambil la.kalau kenal diorang ni takde ikatan apaapa sakat la.haha.'hadiah ni je?kasi la kereta ke,rumah ke,baru la meriah.(orang mata duitan.haha.)'

    ReplyDelete
  8. to all: btul la kata semua.. let our iman and brain talk together! seronok dgar pndapat semua:)
    HIDUP. proses blajar yg panjang..

    to hamba Allah yang tau ini ialah dia: this time u're the one. maybe the next, the test will come for us..

    ReplyDelete
  9. kalau ana, mesti tak terkata depan inche putera tu, tak reti nak kate ape.
    tp bile sampai pade cik penerime hadiah, hehe.

    hurm, tapi mungkin bukan salah si penerime jugak kan?entah2 die tak tahu menahu.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete

yang memberi hati