Tuesday, April 21, 2009

my bad. bad. bad

dengan nama Allah yang selalu mengingatkan para hambanya

bodohnya saya
jika berani melupakan Allah dalam setiap hembus nafas
sedang setiap molekul udara milik dan ciptaan Allah

jahilnya saya
jika berani melupakan Allah setiap kali melangkah, bertingkah, bermadah
sedang cuma dari Allah saya beroleh kekuatan fizikal ini

bongkaknya saya
jika melupakan Allah sewaktu makan dan minum
sedang rezeki itu datang dari Allah

sentengnya akal saya
jika mengira Allah tak melihat setiap perbuatan dan amal
sedang penglihatan Allah tak terbatas dengan sebarang hijab

takabburnya saya
jika berani melupakan Allah dalam setiap urusan hidup
sedang Allah yang menyusun segala yang terbaik untuk saya

bodohnya saya
jika cuba melupakan Allah walau untuk sesaat

ya Allah jangan kau palingkan hati2 kami sekiranya kami lupa dan lalai


utrujah: saya lupa..

5 comments:

  1. jika anda pun lupa..maka sy lebih bsr kelupaannya..huu~

    ampun Ya Allah~

    ReplyDelete
  2. semoga kita ingat DIA time senang+susah.

    ReplyDelete
  3. manusia. nasiya. pelupa.
    perlukan peringatan.
    sbb tu Dia beri kita alQuran.
    sbgi pengingat.

    jom sama2 ingat-mengingati:)

    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  4. so...

    Asma' jadi karyawan dah sekarang?

    hu hu..

    btw, puisi yang menarik. n.. unik. Tajuk bahasa inggeris, isi bahasa melayu.

    ~kawan tadika...

    Hilal Asyraf

    ReplyDelete

yang memberi hati