Tuesday, March 24, 2009

me getting bigger??

dengan nama Allah yang maha menjaga dan memelihara


"membesarlah dgn baik" seorang sahabat yang cukup lama saya kenal dan 'berumur' sikit dari saya sempat2 berpesan ala2 gaya cikgu tadika yang prihatin. iye..

ke sepatutnya gini?? mendewasalah dengan baik??

timeline membesar, dah lama berlalu kot. tak besar2 lagi ni. tinggi dah tak bertambah. sama dgn ukuran tingkatan 5 dulu..aii..tak cukup minum susu agaknya masa kecik2 dulu.

'aala kulli haal, saya harus syukuri setiap saat dan nafas. alhamdulillah saya telah membesar dengan baik. er, walaupun tak menjadi insan yg 'sempurna' baik. alhamdulillah lagi dengan apa adanya pada diri saya. bertambah baik? pasti!! dengan izin DIA yang selalu menjaga dan memelihara hati dan langkah2 saya. hari2 mendatang yang lebih baik, insyaAllah. hari2 mendatang yang sia-sia, takutlah menjadi orang yang celaka di sisi Allah. nauzubillah.

demi masa. sesungguhnya manusia kerugian. melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.

fasa mendewasa atau orang suka kata, fasa men'tua', akan semakin matang. ya.. insyaAllah masih dalam proses. sedang diusahakan. dengan taklifan dari Allah yang saya yakin kita semua cuba penuhi. taklifan hamba dan khalifah. taklifan yang saban hari berkembang dan membesar macam belon. aiyoo.. saya tak tahu bagaimana jalan saya dihadapan membawa amanah2 tadi. lurus ke? bengkok ke? cerah ke gelap ke? pasti tak mudah kan! seram mode ON..

apakah kamu mengira akan masuk syurga sedangkan kamu tak diuji?

ujian dunia dan kehidupan yang menyeramkan dan menakutkan. hoooo.. lagi mengerikan kalo nak dibandingkan dengan final exam.kan? kan?. final exam? sekejap je. abesnya pasti! kelip2 mata tiap hari, dah abes. walaupn setiap kali kelip2 mata rasa lama dan seksa. result kuar pon tak lama. succeed? nikmat yg sementara. failed? dugaan yang tak kekal lama. exam dunia? paaaanjaaaaangnyaaaaaaaa.. seumur masa hidup. kelip2 mata tak abes jugak gamaknya. tunggulah nanti bila mata dah tak boleh berkelip2. jantung dah tak boleh dupdap lagi.

jalan kat depan. rata ke berbukit. pasti mengajar saya mendewasa dengan baik! insyaAllah kerana hati yang kecik comel ni yakin semuanya disusun 'baik punya' oleh si DIA otai perancang yang sangat lemah lembut dan penuh cinta(^_^)


utrujah: cuti ni ujian ke nikmat? haaayyooo..

6 comments:

  1. cuti?
    - org yg de shortsem : "nikmat,bes la org yg xde shortsem"
    - org yd xde shortsem : "bosan, xbes, xde perasaan, xtau nk watpe, bla3.........."
    ish3, bkn tau nk bersyukur mnusia ni kn..(adeh,rse cam trkena kat btg idung sndr plak) =)

    ReplyDelete
  2. salam..
    cuti ni ujian ke nikmat?
    hueh =p

    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  3. waaa..kenape ayat mcm best je?

    saje puji..bg kembang2 cket mcm belon....

    hehe ujian bile cuti duk je lepak kat umah tu tngk tv update blog..jln2 kat blog orang patu tido..mmg boleh membesar dengan baik..kan cik asma' kan???
    hehe

    manfaatkan mase cuti dgn baik..nnt saya datang menyusul..kite membesar dengan baik bersma2..

    ReplyDelete
  4. to ana faqir: ho..ana baru sape la nti ni. hari tu cm x ingat.

    to syaimaa': eree..inche amek short sem ke kt gombak??? x yah le amek..

    to amatullah: i'm waiting utk kita mem'besar' sama2

    to beejan: iman upside down...agree! cuti yg sangat panjang selalu jadi ujian. cuti yang pendek dan sekejap selalu jd nikmat

    ReplyDelete
  5. jadikan ujian tu macam nikmat.so korang tak kisah bila diuji.ngee.korang suka diuji.huhu.suka diuji=korang akan jadi kuat.balik belajar nanti korang tak kisah dengan ujian yang simplesimple ni.ngee.jom nikmatkan ujian.kiki.

    ReplyDelete

yang memberi hati