Thursday, March 26, 2009

hikayat mengaji

dengan nama Allah yang maha memiliki semua ilmu pengetahuan




subuh yang hening...lepas solat subuh. dua nama dipanggil masuk menghadap oleh tuan guru. dan dua orang terpilih ni, seorang si Adam, sorang si Azizah. dengan ngantuk, muka mamai, penuh perasaan nak tidur lagi pun masuk menghadap dengan muka malas ala-ala toya tak mau..

seraya yang panggil masuk menghadap pun bertitah. ambik quran cepat. ngaji dengan abah! tak terkata dua orang yang masuk menghadap ni nak berbantah2 kerana tidak berani la gamaknya. titah mandatori tersebut pun dituruti dengan langkah malas gemalai..

maka bertasbih lah seluruh alam. baik cengkerik, belalang, lipas, semut maupun tikus turut berselawat dan membesarkan Allah bersama2 tak mau kalah beribadah dengan flora2 dan rumput rampai bila kedua orang ini mengalunkan ayat2 Allah.. si Adam dengan keazaman yang tinggi dan bersungguh2 membaca biar sangkut banyak sedikit pun. adatlah baru belajar..

si Azizah melihat si Adam membaca tanpa mengundang amarah yang besar dari tuan guru. maka dia pun merasa sangatlah yakin besar bahawa dia juga mampu berbuat yang sama..dan tibalah saatnya si Azizah mengalunkan ayat2 Allah..rupa-rupanya, rasa yakin besarnya tadi tak dapek nak nolong dia membaca dengan lancar. maka mengundang amarah tuan guru yang agak panas berapi. si Azizah tak nak dapat menahan rasa sedih keciwa namun tetap meneruskan bacaannya tersangkak-sangkak. bacaan yang diiringi dengan sendu sedan lagi mengharukan bertambah perisa si ayer mata..

si tukang hikayat yang melihat, tak dapat nak menahan sengih yang melebar bila melalui tempat kejadian. kerana cerita si tukang hikayat masa berumur seumur muda si Azizah dan si Adam jua serupa. tiada lebih kurangnya sama, sebijik. tammat..

iye. cerita mengaji time budak2 dulu. alhamdulillah dengan mengharungi pahit manis belajar mengenal membaca ayat2 cinta Allah, saya bisa menjadi seperti sekarang. walaupun masih ada kurang lebihnya..

belajar ilmu yang satu ni takkan habis..maunya nak khatamkan ilmu tajwidnya, tarannumnya, tafsirnya, hafalannya..tiap satu, ada lagi tu cabang2 ranting halus. paling susah rasanya, tafsir la kot. dulu time exam sekolah, paper tafsir pun ciput je markah. sikit punya 'senang' la nak dapat A. hadeih. ke ustaz rahim yang kedekut markah? ha. sekey jugak budak ni! sendiri salah, tak abes baca buku. iye la, tafsir ni takut2 nanti salah faham, maunya ada yang salah tafsir. macam yang dah selalu2 jadi zaman sekarang. ada yang main siap tafsir ayat tu separuh2. moga kita semua tak jemu lelah mencari jejak ilmu yang Quran yang luas banget. dan tak lokek kongsi ilmu Quran yang melimpah ruah macam nak banjir ni.

izinkan aku Allah, untuk terus mengenalMu dari ayat2Mu. untuk jatuh cinta padaMu lewat ayat2 cinta yang KAU kirim padaku. izinkan aku Allah, untuk menyimpan ayat2Mu dalam hatiku, dalam seluruh aqal dan jasadku.. ameen


utrujah: betul la kata hikayat fm, nak mengulang hafalan sangat la susah+perit. macam..unta terlepas dari kena tambat dia hilang. in process of improving... chaiyok!

4 comments:

  1. hahaha..ana dapat bayangkan adik nt yang comei2 dalam situasi tu...hehe..

    ReplyDelete
  2. eh, nti sure ke nti tau ana spe?alah org kot.. =)

    haha..mmg btul2 mcm hikayat ni..hikayat cik (ke dah puan??) asma' si tukang sengeh..hehe

    ish3,ustaz tu mmg sje xnk bg nti mrkah bnyk kot..sian nti kn..haha..

    ReplyDelete
  3. unta..unta.. tepat sekali ape yg nt sebut! bayangkan betape jenuhnye nak cari unta yg hilang di tgh padang pasir yang panas terik dan luasnya tak boleh describe dgn kata2.. tapi seb baik unta kalau jalan ade tinggal jejak2 sikit.. melainkan unta tu dah lama jalan tinggalkan tmpt ia ditambat dan bekas tapak kakinya itu sudah hilang dikambus pasir yg ditiup angin.

    fm: falsafah unta.

    ReplyDelete
  4. nak ingat senang.nak lupakan pun senang.ngee.so kena la selalu baca supaya tak senang hilang.haih.susah tu kan.tapi sikitsikit lamalama jadi bukit kan.tapi kalau takde sikitsikit macam mana nak jadi bukit.jom buat sikitsikit.macam mana nak mula ni?haih.huhu.

    ReplyDelete

yang memberi hati