Saturday, January 19, 2008

kick 08, best!

.: hati saya bercerita..lalala...

Semangat pagi awal muharram, sehangat mentari yang bersinar cemerlang, Masjid Kolej Islam, Petaling Jaya berdiri gah menjadi saksi saat KICK 08 mula membuka tirai. Hati-hati yang berkumpul kerana kasihNya dan janji-janji bahawa Allah adalah tujuan hidup mereka, Ar-rasul adalah sebaik-baik tauladan mereka, Al-quran pedoman hidup mereka, dan jihad adalah jalan juang mereka..

Kader-kader muda karisma di bumi Petaling Jaya menongkah arus cuti awal muharram untuk menghadiri taman kecil dari taman-taman syurga Allah..ada yang dari um, dari cenfos uia pj, tak lupa jgk orang jauh dr cenfos uia nilai.. kali ni..kehadiran ikhwah yang sinonim dgn ciputnye, bertukar wajah menjadi lebih ramai dari yang biasa dan akhawat pulak pasti tak mahu kalah berebut peluang..

KICK 08 nama diberi,
Buat semua tertanya-tanya: apa bendanya ni?
Kursus Induksi Cemerlang Kepimpinan dihayati,
Keaslian tarbiah militansi dakwah jadi tema kali ni.

15 minit sblum jarum jam menganjak ke angka 12, taman kecil syurga Allah yg harmoni ni mula dihangatkn dgn pengisian pertama oleh akh auzan yg selalu berapi-api auranye. Sharing tentang indahnya amal jamaie! dari definisi ke rukun2ny mengurangkn kedut2 di dahi peserta2..

3S dlm slot menyemai ukhuwwah kendalian akh bai membuahkn senyuman dan tawa riang pada riak muka semua peserta yg agak kekok mulanye tapi takpe, asalkn ukhuwwah yang bertaut lebih erat. Mana mungkinkan, ukhwuwwah dan dakwah terpisah:)

ISOMA a.k.a. istirehat, solat & makan menjelang pukul 1.30 menjanjikn peluang utk peserta2 merecharge battery sebelum bertarung semula di medan KICK..

Seni dakwah fardhiyyah menjadi hidangan yang tambah mengenyangkan peserta2 slps makan tgh hari. Akh mujahid tak lupa menghighlight dalil2 ttg perlunya dakwah. Tak lupa cerita2 ttg pengalaman dia ms kt matriks uia. Sempat dia ingtkn, bhw dakwah bukan hak milik kita je, ia adalah warisan.

Medan KICK trus rancak dgn gandingn akh urwah dan zaujahny, ukht nahdia bila sama2
membentangkn tajuk kepimpinan islam. persoalan2 ttg bolehke as a muslim kita mintak jawatn? Mcm mn pulak kalau dah takde sape yg nak dlantik jd amir cthnya?

Usai solat asar berjamaah, renyai hujan lansung tak menjejaskan semangat mata2 peserta utk trus bertahan. Slot sharing perincian job scope dlm tanzim dengan ikhwah dan akhawat dr uia Gombak meluaskan minda peserta ttg tanggungjwb masing2, merefresh mn2 yg ada tertinggal dan membaiki mn2 yg kurang sempurna..

Matahari berganti bulan, sebelum KICK menutup tirai, perbincangan resolusi yang specific ttg gerak kerja seterusnye membuat suasana jd tegang dan serius..berfikir dgn realistic dan bkn main2 lagi..alhamdulillah, resolusi selesai dibentuk, segi tiga, segi empat, x kisahlah asalkan berdasarkan kemampuan dgn azam akan dilaksanakn bersungguh-sungguh! Doakan kami yeJ..

Ops! sblm terrrrlupa, jazakallhukhairan jaza’ pd semua ikhwah dan akhwat gombak yg sanggup turun padang di hari cuti. Terima kasih daun keladi, lain kali, boleh buat program lagiJ..

12 jam bersama dlm KICK 08 bkn main2, bkn utk seronok2 tp penuh dgn misi! Bersama2 kejar target dakwah, bersama2 kejar redha Allah, bersama2 kejar pahala jihad, dan bersama2 bergerak ke arah Fidak 2015..insya Allah..

utrujah: wawawaw..rindunye nk tulis bbyak..tp busy..huhuhu ni je lah yg sempat:) gambar2..nnt2 je lah..

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati