Friday, May 18, 2007

ku coba, ku coba, test!

ku bermula...

.: hati saya berkata..

saya dah pilih jalan ni! maka saya akan tanggung semua akibatnya, susah ke, senang ke, jauh di hati, saya selalu berharap kasih sayang DIA akan tetap bersama saya. jalan ni cuma satu! ya, cuma satu! thariiqud da'wah thariiqun wahiid. takde dua, takde tiga.. macam pantun yg selalu saya dengar dr masa saya kecik sampai lah la ni.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh ku cari,
mana nak sama cik adik seorang...
~ini cuma utuk iklan je!

bila saya trmenung sorang2 dek kebosanan melampau, saya terfikir sesuatu dan saya suka nak kongsi dangan semua..ye lah jalan yang saya dah pilih cuma satu kan? tapi, byk cara org guna to go through it. mcm yang kita biasa tgk kat highway yg cuma oneway tu. ada yg nak senang, naik train CERAMAH. murah dan affordable. yang kaya sikit, boleh lah drive kereta HARTA. tak kurang jgk yang kayuh beskal USRAH, merasa sikit lemak2 terbakar sepnjang jalan. tapi yg lebih jimat, ada yg jalan dengan kaki PENULISAN. biarpun lmbt, asalkn selamat! mcm2 cara kan? utk yg bnr2 dh expert, biasanya guna semua jenis transport ni. biar tak bosan, dan terus istiqamah di jln ni.

"Betapa inginnya kami agar bangsa ini mengetahui bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri.
Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka ,
jika memang tebusan itu yang diperlukan.
Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan, kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka,
jika memang itu harga yang harus dibayar.
Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami, menguasai perasaan kami, memeras habis air mata kami, dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami..."

saya ambik kata2 ni dr saudara saya yg jauh di seberang. soo touching dan buat saya pikir kenapa saya pilih jgk jln ni. kerana cinta yg ada dlm hati, maka jln ini yg saya pilih!ya, saya sgt yakin (fuhhh, x pernh saya sesemangt ini!)

kata sayyid qutb pulak: Siapa yang hidup bagi dirinya sendiri, akan hidup sebagai manusia kecil dan mati sebagai manusia kecil. siapa yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai manusia besar dan TAKKAN MATI selamanya....maka bertambah2 yakinlah saya! di jalan ni saya belajar tuk x pentingkn diri sndiri dr org lain. dan saya hidup kerana DIA dan diri saya adlh taruhn di jln ni.

~ byk bnr yang saya tulis..saya tak tahulah kamu paham ke tak. errr..jd, boleh buat2 phm? atau sekurang-kurang nya, pikir balik sehingga paham...

wallahu a'lam

~org kata, saya ckp belit2. hrp2 apa yg saya tulis x belit2 juga..('_'!)

No comments:

Post a Comment

yang memberi hati